- Berita
- Berita Auto
- Orang Selangor Banyak Buat Kesalahan Jalan Raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan bahawa penunggang motosikal berusia 15 hingga 35 tahun terdedah dengan risiko kemalangan dan kematian.
Perkara itu disuarakan Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan.
Mengapa beliau berkata demikian?
Ini jawapannya!
“Pengguna jalan raya dalam kumpulan usia berkenaan dikesan paling banyak melakukan kesalahan jalan raya termasuk tiada lesen memandu, kenderaan tiada cukai jalan dan tiada insurans.
“Berdasarkan rekod JPJ, kebanyakan kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan pengguna jalan raya dalam kumpulan umur itu,” katanya pada sidang akhbar sempena Op Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2023 .
Menyentuh mengenai operasi HRAA yang dilaksanakan pada 27 dan 28 Jun serta 1 Julai, Lokman berkata 55,904 kenderaan telah diperiksa dalam operasi itu di seluruh negara iaitu 37 peratus daripada kenderaan yang diperiksa didapati melakukan pelbagai kesalahan.
“Kenderaan motosikal pula adalah paling banyak dikesan melakukan kesalahan termasuk tiada lesen memandu serta cukai jalan dan 153 motosikal telah disita.
“Malah, Selangor mencatatkan jumlah pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan tertinggi sepanjang operasi itu diikuti Johor dan Negeri Sembilan,” tambahnya.
Kalau peraturan semudah ini pun kita masih tidak boleh patuhi, jangan pelik 2025 nanti kita masih pada takuk lama.
Cukup-cukuplah berminda kelas ketiga. Sama-samalah kita berubah kepada kelas yang lebih baik.
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/