Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Orang Selangor Banyak Buat Kesalahan Jalan Raya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan bahawa penunggang motosikal berusia 15 hingga 35 tahun terdedah dengan risiko kemalangan dan kematian.

Perkara itu disuarakan Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan.

Mengapa beliau berkata demikian?

Ini jawapannya!

“Pengguna jalan raya dalam kumpulan usia berkenaan dikesan paling banyak melakukan kesalahan jalan raya termasuk tiada lesen memandu, kenderaan tiada cukai jalan dan tiada insurans.

image.png

“Berdasarkan rekod JPJ,  kebanyakan kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan pengguna jalan raya dalam kumpulan umur itu,” katanya pada sidang akhbar sempena Op Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2023 .

Menyentuh mengenai operasi HRAA yang dilaksanakan pada 27 dan 28 Jun serta 1 Julai, Lokman berkata 55,904 kenderaan telah diperiksa dalam operasi itu di seluruh negara iaitu 37 peratus daripada kenderaan yang diperiksa didapati melakukan pelbagai kesalahan.

“Kenderaan motosikal pula adalah paling banyak dikesan melakukan kesalahan termasuk tiada lesen memandu serta cukai jalan dan 153 motosikal telah disita.

“Malah, Selangor mencatatkan jumlah pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan tertinggi sepanjang operasi itu diikuti Johor dan Negeri Sembilan,” tambahnya.

Kalau peraturan semudah ini pun kita masih tidak boleh patuhi, jangan pelik 2025 nanti kita masih pada takuk lama.

Cukup-cukuplah berminda kelas ketiga. Sama-samalah kita berubah kepada kelas yang lebih baik.


Gallery

Tag:

kemalangan jalan raya
Royal Malaysian Police (PDRM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-09-2025
Berita Auto
Berita Auto

07-07-2025
Berita Auto
Berita Auto

12-06-2025
Berita Auto

19-05-2025
Berita Auto

26-03-2025
Berita Auto

03-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Terkini: Harga Runcit RON97, Diesel Naik 2 Sen Bermula Esok!

Nampaknya harga runcit RON97 dan diesel naik sekali lagi iaitu 2 sen seliter bermula esok hingga 17 September ini.

10-09-2025
Berita Auto

Projek NCPR: Reka Bentuk Laluan Belum Dimuktamad

Pembinaan lebuh raya sepanjang 10.61 kilometer itu melibatkan 8.41 kilometer laluan darat dan 2.2 kilometer jejambat pesisir laut yang menghubungkan Tanjong Bungah hingga ke Teluk Bahang.

10-09-2025
Berita Auto

Semakin Berani Remaja Sekarang, Ibu Bapa Diminta Jangan Benarkan Anak Memandu Tanpa Lesen

Tular satu klip video yang menunjukkan seorang pemandu Proton Wira menghimpit kereta peronda polis sehingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan senjata api jenis HK MP5 bagi tujuan keselamatan.

10-09-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Warga Kota, DBKL Sedang Tawar Saman Trafik

DBKL sedang menawarkan diskaun saman trafik sebanyak RM30 untuk kereta manakala RM10 untuk motosikal.

10-09-2025
Berita Auto

SAIC Motor Malaysia Lantik Hoffen Teh Sebagai Ketua Pegawai Operasi Baharu

SAIC Motor Malaysia melantik Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

10-09-2025
Berita Auto

Dilancar: Makmal Forensik Kenderaan Bantu Siasatan Nahas Jalan Raya

Pengoperasian kemudahan Makmal Forensik Kenderaan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) akan meningkatkan keberkesanan siasatan nahas jalan raya di negara ini.

09-09-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025