Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penguatkuasaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Masih Dikaji

Sofea Najmi

Kongsi melalui

image.png

Di Malaysia sebenarnya masih ramai ibu bapa tidak mengambil berat tentang pemasangan tali pinggang keledar atau penggunaan tempat duduk yang sesuai untuk kanak-kanak.  Sikap sambalewa sebegini sebenarnya membawa padah kerana sekiranya kemalangan berlaku, kanak-kanak berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan parah. 

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa penggunaan tempat duduk kanak-kanak masih lagi sedang dikaji walaupun sebelum ini pernah dilaporkan bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak ini akan mula diwajibkan bermula 1 Januari 2020. Namun setelah tarikh tersebut berlalu, sehinggalah 1 Julai 2020, iaitu enam bulan kemudian,  Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan bahawa langkah itu akan ditangguhkan terlebih dahulu ke satu tarikh lain yang akan ditentukan pada masa akan datang. 

image.png

Sehingga kini penggunaan kerusi keselamatan ini masih tidak dikuatkuasakan secara serius, namun isu ini masih lagi tidak dilupakan. Menurut Harian Metro, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah menyatakan bahawa kerajaan masih komited untuk melihat pelaksanaan peraturan ini, tetapi akan mengkaji isu tersebut dalam masa yang tertentu.

Salah satu isu penting yang perlu diperhatikan sebelum pelaksanaannya adalah penggunaan kerusi kereta kanak-kanak dalam situasi yang melibatkan keluarga besar.

Dalam hal ini, kerajaan sedang mempertimbangkan pengecualian kepada keluarga yang mempunyai empat atau lima orang anak daripada menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak atau CRS kerana kesukaran untuk memasang banyak kerusi dalam satu kenderaan.

image.png

Untuk masa ini, Hasbi menyatakan bahawa kementerian akan terus memberi tumpuan kepada pendekatan advokasi untuk mendidik orang ramai tentang perkara ini, dengan menekankan kepentingan menggunakan CRS melalui kempen keselamatan.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh polis, sebanyak 1,252 kes kemalangan yang melibatkan kematian di Malaysia sejak tahun 2012 hingga 2021 adalah membabitkan kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Penggunaan CRS dapat mengurangkan risiko kecederaan dalam kemalangan sebanyak 71-82% untuk kanak-kanak, berbanding dengan hanya menggunakan tali pinggang keledar. 

Berikut adalah panduan ringkas mengenai jenis CRS yang perlu dipertimbangkan pada setiap peringkat perkembangan anak anda:

<83cm: kerusi kereta bayi menghadap belakang

71-100cm: kerusi kereta bayi menghadap ke hadapan

<100cm: kerusi penggalak + tali keselamatan 5 titik

>135cm: kerusi penggalak + tali pinggang

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, sayangi keluarga anda dan pastikan keselamatan anak-anak dengan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai.


Tag:

CRS
tempat duduk kanak-kanak
kerusi keselamatan kanak-kanak
keselamatan jalan raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bukan Semua Mampu Beli Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak, Kembalikan Subsidi – Syahredzan

Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan semula dan memperkenalkan kembali program subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) pada tahun hadapan.

24-10-2025
Berita Auto

Keselamatan Murid: Had Laju Di Sekolah Kini 30 KM/J

Keputusan untuk menurunkan had laju di zon sekolah daripada 40 kilometer sejam kepada 30 kilometer sejam sudah dipersetujui.

03-09-2024
Berita Auto

Suka Letak Kaki Atas Dashboard? Seram Bila Tahu Akibatnya! Kisah Benar...

Lepas baca artikel ini, bolehlah anda ‘bertaubat’ daripada meneruskan tabiat ini.

12-09-2022
Berita Auto

Lupus Kereta Lebih 10 Tahun Sebagai Solusi Kesesakan Trafik

Penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencadangkan satu langkah yang boleh diambil untuk kurangkan kesesakan.

16-06-2022
Berita Auto

10 Lagi Jalan Raya KL Akan Dikenakan Had Laju 30 KM/J

10 lagi jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur akan dikenakan had laju maksimum 30 km/j.

15-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026