Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Boleh Bayar Pembaharuan Lesen, Cukai Jalan Guna MyJPJ Beberapa Bulan Lagi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MyJPJ_CariCarz.png


Pembayaran secara dalam talian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan diumumkan sebaik pelaksanaan Bukti Konsep (POC) berjaya diselesaikan. Langkah ini adalah untuk memastikan aplikasi MyJPJ dapat menampung trafik digital dengan baik dan mengelakkan sebarang masalah setelah dilancarkan. 


"Kami akan lancarkan sistem pembayaran dalam talian ini dalam beberapa bulan lagi melalui aplikasi MyJPJ," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. 


Menurut beliau, pengenalan mod paparan digital bagi Lesen Kenderaan Motor digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia digital (e-LMM) pada 10 Februari lalu adalah bertujuan  untuk mengurangkan kesesakan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


pembayaran-dalam-talian-JPJ-2.jpeg


"Memandangkan ia akan mengambil masa bagi rakyat menyesuaikan diri, maka permohonan lesen dan cukai jalan secara digital atau fizikal atau kedua-duanya sekali masih diadakan," katanya.


Berkenaan dengan video yang kini tular mengenai dua warga Malaysia yang disaman di Thailand semalam, Loke menegaskan bahawa lesen memandu digital hanya berkuat kuasa di negara ini dan pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pelaksanaan undang-undang atau penguatkuasaan pengangkutan di negara lain.


pembayaran-dalam-talian-JPJ-1.jpeg


"Kami sudah nyatakan tiada pemberhentian pemberian lesen fizikal kepada pemandu, jadi kalau mereka memandu di luar negara di mana negara itu perlukan lesen fizikal, maka mereka boleh mengambil lesen fizikal daripada JPJ masa perbaharui lesen," katanya.

Tag:

MyJPJ
Aplikasi MyJPJ
Menteri Pengangkutan
YB Anthony Loke
Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Tips

Jadikan Kes Ini Pengajaran: Kenapa Aplikasi MyJPJ Tak Boleh Guna Di Luar Negara?

Masih ramai tidak tahu, aplikasi MyJPJ tidak laku di luar negara.

13-07-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026
Tips

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Berita Auto

Lesen Mati Lebih 36 Bulan Tak Dapat Subsidi Budi95

Syarat Baharu BUDI95: Pastikan Lesen Memandu Aktif, Elak Hilang Kelayakan Subsidi.

26-03-2026
Tips

Tutorial Bayar Saman Guna MyJPJ

Panduan Lengkap: Langkah demi Langkah Cara Bayar Saman Guna MyJPJ.

16-03-2026
Berita Auto

MyDigital ID Satu-Satunya Cara Log Masuk Mulai 1 Mei – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Masih belum sempat daftar MyDigital ID? Ada berita baik! JPJ telah melanjutkan tarikh akhir pendaftaran sehingga 1 Mei 2026.

02-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026