Link Copiedcheck_circle
Global

India Kenalkan BHARAT NCAP

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kerajaan India melancarkan ujian pelanggaran NCAP terbaharunya yang dikenali sebagai Program Penilaian Kereta Baharu Bharat.

Program itu  diperkenalkan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan standard model kereta.

Dikhabarkan ia akan dikuatkuasakan pada Oktober 2023, dimana program penilaian itu berkongsi nama, ujian dan sistem pemarkahan yang serupa dengan program ujian lain seperti Global NCAP, ASEAN NCAP dan Australasian NCAP.

image.png

Kereta yang dihantar untuk ujian akan melalui pelbagai kaedah ujian kemalangan, dengan setiap keputusan akan dianalisis dan diberi penarafan bintang untuk dua kategori utama -iaitu Perlindungan Penghuni Dewasa (AOP) dan Perlindungan Penghuni Kanak-kanak (COP).

image.pngimage.png

Bagaimanapun, portal berita automatif, Drive.com.au menyatakan program Bharat NCAP menampilkan gred lulus yang lebih rendah.

Sebagai rujukan, kereta tiga bintang di bawah Bharat NCAP mesti sekurang-kurangnya dilengkapi dengan kawalan kestabilan elektronik (ESC), manakala program penilaian  yang lain memerlukan kereta mempunyai lebih daripada itu untuk mencapai penarafan tiga bintang yang sama.

Satu lagi prosedur yang dikenali sebagai 'watered-down' adalah ujian pelanggaran di hadapan, di mana kereta akan dipandu pada kelajuan sehingga 64 kilometer sejam mengikut prosedur ANCAP. 

Sebaliknya, program penilaian Bharat NCAP akan menjalankan ujian kemalangan hadapan hanya pada kelajuan maksimum iaitu 50 km/j.

image.pngimage.png

Malah dengan adanya program penilaian ini, Bharat NCAP juga  mempunyai kuasa untuk memilih secara rawak mana-mana kereta yang dijual di pasaran India untuk menjalani ujian perlanggaran agar ia telus dalam prosedur.

Keputusan kerajaan India untuk akhirnya memperkenalkan program ujian kemalangan sendiri adalah usaha yang disyorkan oleh ramai, kerana jalan raya negara sering disenaraikan sebagai salah satu yang paling tidak selamat di dunia, dengan lebih 150,000 kematian berkaitan jalan raya direkodkan pada 2022.

Mengulas mengenai pengenalan Bharat NCAP, pengarah komunikasi dan advokasi ANCAP Rhianne Robson berkata kepada  Drive.com.au bahawa "adalah bagus untuk melihat Program Penilaian Kereta Baharu tempatan ditubuhkan untuk pasaran India."

image.png

"Ujian dan kaedah pemarkahan yang digunakan oleh Bharat NCAP baharu adalah lebih sedikit dan agak berbeza daripada yang dikongsi oleh ANCAP dan Euro NCAP, tetapi ia akan membantu dalam mewujudkan piawaian bukan peraturan, yang dipengaruhi pengguna untuk kereta baharu yang dijual di pasaran India," katanya.

Gallery

Tag:

Australia NCAP
Euro NCAP
ASEAN NCAP
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Zeekr X Raih Euro NCAP 5 Bintang – Terbaik Dalam Kelasnya?

Zeekr X berjaya membuat pencapaian cemerlang setelah menerima penarafan keselamatan 5 bintang dalam ujian pelanggaran Euro NCAP.

17-01-2025
Global

Suzuki Swift 2024 Hanya Terima 1 Bintang Ujian Kemalangan ANCAP

Model Suzuki Swift 2024 generasi keempat (kod model: AOL) baru sahaja menjalani ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Keselamatan Kenderaan Baharu Australasia (ANCAP).

02-01-2025
EV

SUV Elektrik Xpeng G6 Raih 5 Bintang Dalam Euro NCAP!

Xpeng G6 berjaya meraih penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

13-09-2024
Berita Auto

Dari 73 Kepada 18 Kereta, Ini Sebab Bilangan Kereta Dinilai Euro NCAP Jatuh Drastik!

Semakin lama semakin kurang kereta yang dinilai oleh Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

16-02-2024
Berita Auto

BYD Seal, Dolphin Cukup Selamat?

BYD melakar sejarah tersendiri apabila dua modelnya, BYD Seal dan BYD Dolphin berjaya menerima penarafan 5 bintang.

30-10-2023
Pandu Uji

EV Mampu Milik Tapi Nampak Macam Kereta Beetle

Pandu Uji Ora Good Cat: EV mampu milik tapi gaya meletup kebabom!

01-06-2023
Berita Auto

Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia

Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP.

04-08-2025
EV

Proton e.MAS 7 Dijamin Selamat – ASEAN NCAP 5 Bintang

SUV elektrik segmen C pertama keluaran Proton, e.MAS 7, berjaya meraih penarafan 5 bintang dengan skor keseluruhan yang tinggi iaitu 92.57 mata.

18-12-2024

Berita Terkini

Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025