Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerajaan Belanja RM73.45 Juta Baiki Jalan Berlubang Tahun Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_pothole_-2.jpg


Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membelanjakan sebanyak RM73.45 juta dalam enam bulan pertama tahun ini untuk menjalankan kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara, termasuk memperbaiki jalan raya yang berlubang.


Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menyatakan bahawa peruntukan tersebut termasuk penyelenggaraan perabot jalan seperti tiang lampu dan pembahagi jalan.


Datuk-Seri-Alexander-Nanti-Linggi.jpg

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi 


Beliau menjelaskan bahawa peruntukan yang telah digunakan merupakan sebahagian daripada jumlah RM217.8 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui peruntukan My Jalan untuk melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan.


Sebanyak 2,950 jalan berlubang telah diperbaiki sehingga 30 Jun lalu, termasuk pemulihan perabot jalan seperti 'guardrail', papan tanda, garis jalan yang pudar, longkang, pembentungan, dan kerja pemotongan pokok.


KKR-Road-works---theStar.jpg

KKR telah membelanjakan sebanyak RM73.45 juta dalam enam bulan pertama tahun ini untuk kerja penyelenggaraan jalan persekutuan


KKR kini sedang merancang kempen My Jalan yang melibatkan usaha untuk mengatasi pelbagai isu utama seperti jalan, lampu jalan, perabot jalan, dan lain-lain. Mereka berhasrat untuk menjalankan kempen ini dengan tindakan yang lebih meyakinkan berdasarkan konsep 'action speaks louder than words'.


Dalam usaha untuk memudahkan aduan berkaitan jalan rosak, KKR kini sedang meningkatkan aplikasi khas untuk sistem aduan yang sedia ada.


Menjelaskan lagi tujuan kempen My Jalan, Datuk Seri Nanta menyatakan bahawa ia bertujuan untuk meningkatkan penglibatan semua pihak, terutama pemain industri, agensi kerajaan dan swasta, serta masyarakat, dalam usaha menjaga jalan raya dan infrastruktur yang berkaitan.


Beliau juga mendorong aduan awam dan kementerian sedang berusaha menyediakan satu saluran aduan one-stop center untuk memudahkan dan mempercepat proses aduan, yang juga akan dilancarkan melalui kempen ini.

Tag:

Jalan berlubang
isu kerosakan jalan
Menteri KKR
Kementerian Kerja Raya (KKR)
infrastruktur jalan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.

26-05-2025
Berita Auto

SAH! JKR Sudah Selenggara Lebih 30,000 Meter Persegi Jalan Berlubang Di Kelantan!

Jalan berlubang di Kelantan dibaiki dalam tempoh 24 jam bagi mengelak kemalangan maut.

02-04-2025
Berita Auto

Jalan Berlubang: Aduan Perlu Diselesaikan Dalam 12 Jam Bukan 24 Jam

Langkah itu diambil selaras dengan 'dasar sifar lubang' di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, khususnya Kuala Lumpur.

19-02-2025
Berita Auto

PBT Wajib Patuhi SOP Baiki Jalan Berlubang Dalam 24 Jam

Kerja-kerja membaiki Jalan Persekutuan berlubang sepatutnya dilakukan dalam tempoh 24 jam.

27-11-2024
Berita Auto

Penunggang Motosikal Cedera Kerana Jalan Berlubang, Terima Ganti Rugi RM721,000

Seorang penunggang motosikal yang tercedera kerana kemalangan di jalan berlubang berjaya mendapatkan ganti rugi sebanyak RM721,000.

30-04-2024
Berita Auto

Isu Jalan Rosak, Berlubang Jangan Dibuat Main

KKR bakal melancarkan kempen untuk mengatasi isu infrastruktur jalan raya.

02-08-2023
Berita Auto

Ada Masalah Jalan Berlubang? Hubungi ASaPP

Sebanyak 2,138 jalan berlubang di jalan persekutuan Semenanjung Malaysia ditampal.

12-06-2023
Berita Auto

Korang Boleh Pohon Peruntukan Untuk Baiki Jalan?

Rakyat boleh mohon peruntukan untuk tampal jalan berlubang tetapi ada syarat-syaratnya.

02-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026