Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Belanja Mata Ganjaran Mesra Di Setel

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pelanggan PETRONAS Shop sudah boleh menggunakan mata ganjaran Mesra sebagai kaedah pembayaran baharu apabila membeli-belah secara dalam talian bagi barangan dan pakaian gaya hidup aktif PETRONAS.

Ciri terbaharu ini merupakan penambahan kepada Program Kesetiaan Mesra sedia ada, di mana pelanggan diberi mata ganjaran bukan sekadar untuk mengisi petrol di stesen PETRONAS malah boleh membuat pembelian di Kedai Mesra. 

Ini merupakan penambahbaikan yang dinanti-nanti bagi pelanggan sedia ada yang menggunakan Setel Wallet untuk mengisi petrol, meletak kereta, mengecas kenderaan EV, melanggan takaful/insurans motor, pembaharuan cukai jalan, bantuan auto 24/7 dan pelbagai urusan lain. 

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Shop, Faizal Sulaiman berkata, pihaknya berharap kaedah pembayaran baharu itu akan membolehkan pelanggan  menebus dan membayar dengan mata ganjaran Mesra untuk produk dan perkhidmatan.

“Untuk itu, kami akan meneruskan usaha menyampaikan pilihan barangan dalam segmen gaya hidup aktif yang mampu dibeli dan diperoleh semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi makluman anda, para pelanggan yang menggunakan mata ganjaran Mesra semasa membuat pembelian di PETRONAS Shop hanya perlu memilih mata ganjaran Mesra sebagai cara pembayaran.

image.png

Menerusi langkah itu, mereka boleh tambah nilai dengan menggunakan pembayaran talian sekiranya baki mata ganjaran mereka tidak mencukupi.

Sebagai usaha untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia, PETRONAS Shop telah memperkenalkan tawaran istimewa untuk ahli Mesra peringkat Junior ke Hero di aplikasi Setel pada awal tahun ini. 

Para pelanggan tersebut dapat memperoleh akses eksklusif dan diskaun namun bergantung pada kategori keahlian mereka . 

Langkah ini membolehkan pelanggan menikmati lebih manfaat melalui penggunaan kerap aplikasi Setel bagi jangka masa panjang.

Selain itu, PETRONAS Shop juga akan mengadakan peraduan di mana 10 pelanggan pertama yang menebus sebanyak 30,000 mata ganjaran Mesra di PETRONAS Shop berpeluang memenangi 10,000 mata ganjaran Mesra tambahan.

Peraduan ini akan bermula esok  hingga 17 September 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai PETRONAS Shop di Setel, Program Kesetiaan Mesra danperaduan tebus mata ganjaran Mesra, KLIK. 


Gallery

Tag:

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Terjejas: Petronas Sudah Hubungi Pelanggan

Kereta Terjejas: Petronas Sudah Hubungi Pelanggan

Stesen tersebut ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.

26-12-2025
Berita Auto
Petronas, SIM Buka Stesen Minyak

Petronas, SIM Buka Stesen Minyak

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) melancarkan inisiatif pelesenan jenama sulungnya, baru-baru ini.

02-08-2024
Berita Auto
Diesel Pun Boleh Habis, Ini Pula Jawapan MENTERI

Diesel Pun Boleh Habis, Ini Pula Jawapan MENTERI

Ketiadaan diesel dijangka berterusan sehingga hujung bulan ini.

27-12-2023
Berita Auto
Angka Kemasukan EV Di Pasaran Malaysia Dilihat Masih Rendah

Angka Kemasukan EV Di Pasaran Malaysia Dilihat Masih Rendah

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) menyifatkan pihaknya berhasrat untuk mengembangkan tenaga mobiliti memandangkan kenderaan elektrik (EV) mula memasuki pasaran Malaysia.

27-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026