- Berita
- Berita Auto
- Lain Macam Semangat Rakyat M'sia Bida No

Percaya atau tidak, Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri M___M yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 merupakan NPI paling tinggi dibida dengan nilaian RM622,000.
Perkara itu disahkan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam satu kenyataan dengan menyifatkan nombor pendaftaran M1M merupakan NPI paling tinggi dibida setakat ini.
Nombor plat bersiri M5M pula berada di tempat kedua tertinggi dengan harga RM500,000. Manakala ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan nilaian RM350,000.
“Siri M__M ini telah menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada pembida-pembida,” katanya.



Untuk rekod, jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah sebanyak 25,033 orang dan sejumlah 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.
Antara lima nombor yang paling banyak dibida ialah:
• M101M (39 pembida)
• M155M (33 pembida)
• M51M (32 pembida)
• M313M (31 pembida)
• M39M (28 pembida)
Apapun, hasil pembidaan siri M___M ini yang membawa maksud 'Malaysia Merdeka' telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak .
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

