Link Copiedcheck_circle
Global

BYD Buang Logo 'Build Your Dreams' Untuk Pasaran Eropah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Atto-3-Source-CariCarz-10.jpg

Slogan 'Build Your Dreams' pada Atto 3


Syarikat pengeluar kereta China, BYD, akan menggugurkan logo 'Build Your Dreams' daripada hampir kesemua kenderaan yang dipasarkan di UK. 


Sebelum ini, syarikat pengeluar kereta yang telah memasuki pasaran UK pada Mac tahun ini menggunakan perkataan tersebut pada bahagian belakang Atto 3 dan dijangka akan turut menampilkan logo yang sama pada model-model akan datang, Dolphin dan Seal


Bagaimanapun, baru-baru ini BYD mengambil keputusan untuk tidak memaparkan logo tersebut pada keluaran terbaru. 


Pengurus Pengalaman Pelanggan Eropah BYD, Tim Bryant berkata, "BYD telah mendengar maklum balas daripada peniaga, wartawan, dan rakan peniaga tahun lalu, ada yang menyokong penggunaan tulisan itu dan yang lain tidak." 


Keputusan untuk menggugurkan perkataan 'Build Your Dreams'  ini akhirnya diambil berdasarkan pandangan majoriti. 


BYD-Seal-(4).jpg

BYD Seal


Pada peringkat ini, perkataan tersebut tidak lagi dipaparkan pada Atto 3 yang kini sedang dihasilkan di kilang untuk pasaran negara tersebut. Model lain yang bakal tampil minimal tanpa perkataan tersebut ialah sedan Seal. 


social_CariCarz_FirstDrive_BYD-Dolphin_-38.jpg

BYD Dolphin


Namun begitu, difahamkan bahawa hatchback Dolphin masih lagi akan mengekalkan penggunaan logo tersebut memandangkan slogan itu diletakkan pada badan kereta melalui proses stamping yang memakan kos terlalu mahal untuk dibuang. 

Tag:

BYD
Build Your Dreams
Atto 3
BYD Eropah
BYD UK
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026
EV

16-01-2026

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026