- Berita
- Kereta Baru
- Gaya Ranggi PRO-4X Kini Pada Varian VL & V Nissan Navara, PERCUMA Bulan Ini
Gaya Ranggi PRO-4X Kini Pada Varian VL & V Nissan Navara, PERCUMA Bulan Ini
-full.jpg)
Nissan Navara generasi ketiga versi facelift (D23) kini diberikan penggayaan lebih ranggi dengan pengenalan pakej aksesori Edisi Hitam
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini menawarkan Nissan Navara dalam Edisi Hitam yang diberikan sentuhan reka bentuk baharu dan aksesori premium untuk varian terlaris trak pikap tersebut, VL dan V.
PENAMBAHBAIKAN REKA BENTUK
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Tampil lebih ranggi, Navara Edisi Hitam kali ini diberikan gril depan baharu, serta perumah cermin sisi dan fender yang berwarna hitam berkilat. Sebelum ini, gril hitam hanya ditawarkan pada varian flagship, PRO-4X flagship. Gril ini diapit oleh lampu hadapan jenis projektor LED quad serta lampu nyalaan siang (DRL) LED yang berbentuk C. Fender dua tona kini dipadankan dengan rim aloi hitam bersaiz 17 inci untuk varian V dan 18 inci untuk VL.
DIBERIKAN AKSESORI TAMBAHAN

Di samping itu, varian VL kini ditawarkan dengan aksesori di bawah Pakej Perlindungan yang termasuk pelindung tangki bahan api, pelindung penakung minyak, plat pemijak kaki, perakam video pemanduan, visor pintu dan filem tinting sekuriti V-KOOL. Varian V pula didatangkan dengan Pakej Premium iaitu tempat duduk kombinasi kulit dan filem tinting sekuriti V-KOOL.
CIRI MEKANIKAL NISSAN NAVARA EDISI HITAM
Dari segi mekanikal, tiada sebarang perubahan diberikan kepada Nissan Navara Edisi Hitam. Trak pikap ini masih dikuasakan oleh enjin Common Rail Turbo-Diesel empat silinder YD25 dengan hamburan kuasa 190PS (187 hp) dan 450 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 7-kelajuan dengan pilihan mod gear manual.
Bagi memaksimumkan daya cengkaman di laluan licin atau off-road, tork disalurkan kepada kesemua roda melalui sistem 4WD kawalan elektrik dengan sistem Active Brake Limited Slip Differential. Untuk kegunaan di kawan bandar, mod 2WD boleh diaktifkan melalui sistem kawalan Shift-On-The-Fly yang mudah demi penggunaan minyak yang lebih efisien.
CIRI KESELAMATAN NISSAN NAVARA
Nissan Navara dilengkapi teknologi Nissan Intelligent Mobility menjadikannya antara trak pikap paling selamat dalam kelasnya. Kedua-dua varian, dilengkapi dengan ciri keselamatan standard 6 beg udara, kawalan dinamik kenderaan, bantuan mula-daki, kawalan turun bukit, sistem pembrekan anti-kunci dengan pengagihan brek elektronik dan juga bantuan brek.
VL dan V turut memiliki fungsi amaran pelanggan hadapan prediktif pintar yang boleh mengesan dua kenderan hadapan. Ciri lain ialah brek kecemasan, sistem kepekaan pemandu pintar, kamera 360 darjah bersama mod off-road dan pengesan objek bergerak, amaran titik buta, amaran keluar lorong, amaran lintasan trafik belakang dan bantuan lampu suluh tinggi.
HARGA NISSAN NAVARA & PAKEJ AKSESORI EDISI HITAM
Anda boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara untuk melihat dan memandu uji Nissan Navara. Model ini ditawarkan pada harga RM134,800 untuk varian V dan RM146,900 untuk varian VL.
-full.jpg)
-full.jpg)
Pelanggan yang membuat pembelian Navara bulan ini bakal menerima Pakej Aksesori Edisi Hitam yang ranggi ini secara PERCUMA, dengan kad pengisian minyak bernilai RM800!
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Nissan Malaysia atau hubungi Nissan Customer Care Centre di 1800-88-3838.
-full.jpg)
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv