Link Copiedcheck_circle
EV

Hello smart App Dilancarkan, Segala Akses EV smart Di Hujung Jari!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Hello-smart-App-Caricarz-(1).png


Bagi menyemarakkan lagi keterujaan pasaran bagi kenderaan elektrik smart #1 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, smart Malaysia telah memperkenalkan Hello smart App, sebuah aplikasi yang membawa kemudahan digital dan pengalaman premium kepada pelanggan.


Hello-smart-App-Caricarz-(2).jpeg


Aplikasi inovatif ini memberikan para pelanggan akses kepada pelbagai informasi dan perkhidmatan penting berkaitan EV smart. Direka agar mesra pengguna, di dalam aplikasi ini terdapat empat tab yang disusun dengan teliti. 


FUNGSI SETIAP TAB DI DALAM HELLO SMART APP


Tab 'Discover' menawarkan akses kepada ciri berikut:

  • Berita terkini
  • Maklumat produk
  • Komuniti smart


02_In-App-Vehicle-Booking.jpg01_Homepage.jpg


Tab 'Vehicle' menawarkan akses kepada ciri berikut:

  • Pilihan untuk memperibadikan kenderaan
  • Pengiraan bayaran bulanan
  • Permohonan pinjaman
  • Tempahan 
  • Info masa nyata: Status bateri, status pengecasan, jarak memandu, dan pengesan lokasi kenderaan
  • Kawalan jarak jauh: Pendingin hawa, pintu, tingkap
  • Penjadualan masa pengecasan


04_Remote-Services.jpg06_Community-Engagement.jpg



Tab 'e-Mall' menawarkan akses kepada ciri berikut:

  • Kedai maya untuk produk rasmi smart dan aksesori
  • Peluang mata ganjaran setia


Tab 'Profile' menawarkan pilihan pengesahan peribadi.


CIRI UNIK YANG DITAWARKAN DALAM HELLO SMART APP


Berikut adalah ciri unik yang ditawarkan buat pertama kalinya dalam pasaran EV di Malaysia:-


Peta Pengecasan Atas Talian & Sistem Navigasi: Aplikasi Hello smart membolehkan pengguna mencari stesen pengecasan, melihat status penggunaan, dan membuat pembayaran secara langsung. Dengan integrasi 70% stesen pengecasan awam, pengguna tidak lagi perlu menggunakan pelbagai aplikasi yang berbeza.



03_Vehicle-Functions.jpg05_Charging-Map.jpg


Permohonan Tempahan & Pinjaman Pembiayaan Kenderaan: Memudahkan proses pemilikan EV tanpa perlu melalui prosedur manual. 


‘One-Stop Service Home Charging Solution’: Memudahkan proses pembelian, dan penjadualan temu janji untuk pemasangan alat pengecasan EV di rumah, smartCharge. 


Hello-smart-App-Caricarz-(1).jpg


Komuniti smart:  Pengguna Hello smart App boleh berhubung dan berkongsi pengalaman dengan peminat smart lain. Pengguna juga boleh menerima mata ganjaran apabila menjemput rakan-rakan untuk membeli kereta smart, dan mata ganjaran ini boleh digunakan untuk pembelian produk rasmi, aksesori, dan penyelesaian pengecasan bateri EV melalui e-Mall.


MUAT TURUN APLIKASI SEKARANG


Aplikasi Hello smart App boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery. smart Malaysia bakal menyediakan lebih banyak lagi ciri menarik dalam masa terdekat.


Untuk maklumat lanjut, layari laman web smart Malaysia di https://my.smart.com/#/connectivity.

Tag:

Hello smart App
Aplikasi smart Malaysia
smart Malaysia
smart#1
pelancaran aplikasi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

PRO-NET, ChargeSini Meterai MoU Untuk Perluas Rangkaian Pengecasan EV

Proton New Energy Technology (PRO-NET) telah memperluas rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan memasuki MoU perayauan bersama ChargeSini.

31-05-2024
EV

smart Malaysia Umum Ciri Baharu Aplikasi Hello, Peraduan Percutian PERCUMA

smart Malaysia mencatatkan pencapaian membanggakan dalam tempoh yang singkat.

17-01-2024
Kereta Baru

smart #5 Kini Rasmi Di Malaysia – Audio Sennheiser, Capai 590 KM, Dari RM199,800

smart Malaysia (PRO-NET) hari ini melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) premium terbaharu mereka, smart #5, ke pasaran tempatan. Dengan rekaan yang lebih menyerlah, SUV ini disasarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada sistem mobiliti yang lebih canggih.

14-11-2025
Kereta Baru

Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka

21-10-2025
EV

MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit

smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan di MAS 2025, hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.

10-05-2025
EV

MAS 2025: smart Malaysia mendedahkan smart #5

smart Malaysia mendedahkan smart #5, sempena pameran Malaysia Autoshow 2025, di MAEPS, Serdang, tadi.

08-05-2025
EV

2 Pusat Pengedar smart Kini Dibuka Di Pahang & Sarawak

Pengedar kenderaan smart di Kuantan akan dikendalikan oleh HK Electra manakala Ghee Hua di Kuching.

14-02-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026