Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda Civic Type-R FL5 Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM399K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WhatsApp-Image-2023-09-27-at-11.33.51.jpg


Honda Malaysia telah melancarkan  secara rasmi Civic Type R serba baharu, dengan harga jualan RM399,900. Hanya 19 unit ditawarkan pada tahun 2023, tempahan selebihnya dijangka akan dibuka pada tahun 2024.


Civic Type-R ini dikuasakan oleh enjin VTEC Turbo 2.0L yang menghasilkan 315 HP (319 PS) dan 420 NM tork, memacu model berkuasa tinggi ini dari 0-100KM/J dalam masa 5.5 saat. Empat mod pemanduan ditawarkan iaitu Comfort, Sport, +R dan Individual. 


Civic-TypeR-3.jpgCivic-TypeR-1.jpg


Civic Type R terbaru mempunyai reka bentuk aerodinamik, termasuk gril hadapan dan ambang sisi yang direka untuk memudahkan aliran udara. Elemen aerodinamik lain yang direka khas ialah fender hadapan dengan outlet untuk aliran udara, spoiler aluminium dan diffuser belakang yang diberikan rekaan semula untuk kestabilan serta meningkatkan downforce, sekaligus meningkatkan prestasi kenderaan. 


Civic-TypeR-4.jpgCivic-TypeR-5.jpg


Model ini menggunakan rim eksklusif berwarna hitam kusam yang bersaiz 19-inci. Selain itu, logo Type R serta logo merah Honda terpapar gah pada gril hadapan dan sudut belakang kereta. 


CivicTypeR-Nurburgring-1.jpgCivicTypeR-Nurburgring-6.jpg


Bergerak ke bahagian dalam kabin, Type R menggunakan warna tema merah dan hitam, menyerlahkan aura sporty model ini. Type R menggunakan tempat duduk sport,  konsol tengah jenis aluminium, serta terdapat plat yang memaparkan nombor siri yang untuk aura lebih eksklusif. 


web_CariCarz_2023-Honda-Civic-Type-R_launch_TA_-31.jpgweb_CariCarz_2023-Honda-Civic-Type-R_launch_TA_-29.jpgweb_CariCarz_2023-Honda-Civic-Type-R_launch_TA_-34.jpgweb_CariCarz_2023-Honda-Civic-Type-R_launch_TA_-30.jpg


Ciri lain ialah pengguaan skrin infotainmen  Audio Advanced bersaiz 9 inci, pengecas tanpa wayar, kamera undur pelbagai sudut, lapan beg udara, sensor parkir depan dan belakang, serta Honda CONNECT dan Honda SENSING.


WhatsApp-Image-2023-09-27-at-11.33.51.jpg

CivicTypeR-Nurburgring-5.jpgCivic-TypeR-6.jpg


Ditawarkan dalam warna putih ikonik Type R, Championship White, model ini dijual pada harga RM399,900 atas jalan, menjadikannya kira-kira RM80,000 lebih mahal berbanding Civic Type-R FK8 generasi sebelumnya, yang juga dijual secara rasmi oleh Honda Malaysia. Ini menjadikan Type-R yang dijual di Malaysia sebagai salah satu yang termurah di rantau ini, kerana versi yang  dijual di negara Thailand dan Vietnam mencapai harga sehingga RM500,000.


Tempahan untuk Civic Type-R FL5 terbaru telah dibuka secara rasmi hari ini (27 September 2023), dengan pengagihan unit akan dilakukan berdasarkan undian. Kesemua 19 unit Civic Type-R yang dijual akan disertakan dengan waranti kenderaan tanpa had selama lima tahun, serta kos buruh percuma sebanyak lima kali yang diselang-selikan dengan servis berbayar.

Tag:

Honda Civic
Honda Civic Type R
2023 Honda Civic Type-R
Honda Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Global

02-08-2024
Global

24-05-2024
Global

09-05-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026