Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Hyundai Ioniq 6 Kini Dalam 2 Varian Baharu - Lite & Plus, Dari RM219K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-1.jpg

Sedan Hyundai Ioniq 6 dengan bumbung fastbcak kini ditawarkan dalam dua varian baharu, Lite dan Plus


Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah memperluaskan rangkaian kenderaan elektriknya (EV) dengan mengemaskini model Hyundai Ioniq 6. Hanya beberapa bulan selepas pelancaran model EV tersebut, HSDM kini memperkenalkan dua varian baharu, Lite dan Plus di samping dua varian sedia ada, Max RWD dan Max AWD.


Kedua-dua Ioniq 6 Lite dan Plus menggunakan motor tunggal di bahagian belakang yang memacu roda belakang (RWD) seperti varian Max RWD, tetapi kali ini dengan kuasa yang lebih rendah dengan output 149 HP (111 kW) dan tork 350 NM, Ioniq 6 Lite dan Plus mampu memecut dari 0 hingga 100 KM/J dalam 8.8 saat - kira-kira 1.4 saat lebih lambat berbanding masa pecutan Max RWD iaitu 7.4 saat.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-27.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-3.jpg

Ioniq 6 turut hadir dengan ciri kenderaan-ke-beban (V2L)


Kedua-dua varian menggunakan bateri 53 kWh dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 volt, memberikan Ioniq 6 Lite dan Plus jarak EV maksimum 429 KM (WLTP). Seperti varian Ioniq 6 yang lain, Lite dan Plus juga boleh menerima kadar pengecasan pantas DC 350 kW, membolehkannya dicas dari 10% hingga 80% dalam masa hanya 18 minit, sekaligus menjadikannya salah satu EV dengan masa pengecasan terpantas di dunia.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-12.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-11.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-13.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-16.jpg


Dari segi reka bentuk, Ioniq 6 Lite dan Plus menggunakan rim aloi Aero 18 inci yang sama seperti varian Max RWD. Selain itu, semua varian Ioniq 6 masih menggunakan bumbung dalam rekaan fastback dengan pekali seret (coefficient drag) serendah 0.21. Di bahagian depan dan belakang, model ini menggunakan lampu khas Ioniq, Pixel Light.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-8.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-7.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-4.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-9.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-5.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-6.jpg

Lima pilihan warna ditawarkan 


Ioniq 6 Lite dan Plus ditawarkan dalam lima warna luaran yang berbeza - Abyss Black Pearl, Nocturne Grey Matte, Biophilic Blue Pearl, Dive Blue Solid dan Gravity Gold Matte, sama seperti varian Max RWD dan Max AWD.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-34.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-17.jpg


Perbezaan antara kedua-dua varian terserlah daripada rekaan ruang kabin kereta, dengan varian Lite diberikan tempat duduk dalam balutan fabrik, manakala varian lebih tinggi, dibalut kulit sepertimana varian  lebih tinggi Ioniq 6 yang lain. Selain itu, varian asas juga tidak memiliki fungsi bukaan pintu automatik dan pelarasan tempat duduk. Paparan-di-kepala (HUD) juga tidak ditawarkan kepada kedua-dua varian. 


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-21.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-22.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-20.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-24.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-23.jpg

Bagaimanapun, kedua-dua varian baru ini dilengkapi pelbagai teknologi yang terdapat pada varian Max seperti paparan dua skrin bersaiz 12.3 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, kawalan pendingin hawa dua zon automatik, sistem pencahayaan ambien 64 warna, port USB-C, pad pengecasan tanpa wayar dan banyak lagi. Namun, varian Lite tidak mendapat sistem audio Bose 8 speaker seperti yang lain, kerana hanya dilengkapi dengan 6 speaker. 


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-30.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-32.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-31.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-33.jpg


Dari segi keselamatan, kedua-dua varian Lite dan Plus dilengkapi dengan pelbagai ciri penting ADAS. Kedua-dua varian mendapat teknologi keselamatan aktif yang asas seperti Lane Keeping Assist (LKA), Forward Collision Avoidance Assistance (FCA), Smart Cruise Control (SCC) dengan fungsi Stop and Go, serta Manual Speed Limit Assist (MSLA). Sementara itu, varian Plus mendapat fungsi ADAS tambahan seperti Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA) dan Surround View Monitor (SVM), sama seperti dua varian Max yang lebih tinggi.


Hyundai-Ioniq6-Lite-Plus-11.jpgHyundai-Ioniq6-Lite-Plus-2.jpg


Diimport (CBU) dari Korea Selatan, varian Hyundai Ioniq 6 Lite dan Plus baharu dijual pada harga yang bermula dari RM219,888 untuk varian Lite RWD, manakala varian Plus RWD ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM249,888. Penghantaran kedua-dua varian baharu ini dijadualkan bermula pada suku keempat tahun ini. Penambahan ini melengkapkan seluruh rangkaian Ioniq 6, dengan varian Max RWD dan Max AWD sedia ada masing-masing dijual pada harga RM289,888 dan RM319,888.


Pembelian adalah termasuk  jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 KM secara standard. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan jaminan kenderaan selama 5 tahun atau 100,000 KM dan jaminan perkhidmatan percuma 3 tahun atau 50,000 KM dengan bayaran tambahan sebanyak RM10,000. Tempahan untuk Ioniq 6 baru boleh dibuat melalui platform rasmi HSDM, Cl!cktoBuy, di mana 30 tempahan pertama berpeluang memenangi keahlian Shell Recharge Gold secara percuma selama satu tahun.

Tag:

Ioniq 6
Hyundai Ioniq 6 Lite RWD
Hyundai Ioniq 6 Plus RWD
Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

07-04-2025
Pandu Uji

07-10-2023
EV

26-06-2023
Global

06-04-2023
EV

30-12-2022
Global

18-11-2022
Global

29-10-2022
Kereta Baru

15-09-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025