Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mazda 3 Dikemaskini, Harga Naik RM5K – Teknologi, Kelengkapan & Ciri Keselamatan Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2024-Mazda3-12-1536x901.jpg


Dalam diam-diam, Bermaz telah menawarkan sedan dan hatchback Mazda 3 dalam versi yang telah diberikan pembaharuan untuk pasaran Malaysia


Syarikat Bermaz baru-baru ini telah mengemaskini Mazda 3 dalam versi sedan dan hatchback dengan penambahan kelengkapan baharu. Model yang diberikan sentuhan baharu itu mula ditawarkan sejak 1 September 2023 lagi. 


Seperti sebelum ini, kedua-dua model sedan dan hatchback ditawarkan dalam tiga varian iaitu Mid, High dan High Plus untuk sedan, dan Mid, High Plus, serta Ignition Edition untuk hatchback. Bergantung kepada varian yang dipilih, pelbagai ciri baharu ditawarkan pada setiap varian. 


2024-Mazda3-24-1536x1152.jpg
2024-Mazda3-22-1536x1149.jpg2024-Mazda3-18-1536x1152.jpg

Antara ciri baharu adalah penggunaan port USB-C, menggantikan USB-A, serta paparan infotainmen lebih besar yang bersaiz 10.25 inci


Salah satu kemas kini penting yang ditawarkan pada semua varian ialah peralihan dari port pengecas USB-A kepada USB-C. Sementara itu, varian yang lebih tinggi bermula dari High, mendapat skrin paparan info MZD Connect yang lebih besar, bersaiz 10.25-inci, serta pad cas tanpa wayar baharu. Varian High Plus ke atas juga mendapat pad cas tanpa wayar, serta sambungan Apple CarPlay tanpa wayar.


Dari segi keselamatan, perubahan terbesar adalah penambahan teknologi Kawalan Pelayaran Radar Mazda (MRCC) untuk varian High Plus ke atas. Akhir sekali, tambahan ciri eksklusif baharu iaitu sistem audio Bose 12 speaker bagi varian Ignite Edition model hatchback.


2024-Mazda3-13-1536x729.jpg2024-Mazda3-14-1536x729.jpg


Mazda 3 yang diperbaharui masih lagi menggunakan enjin yang sama


Dari segi mekanikal, kedua-dua model sedan dan hatch masih menggunakan enjin yang sama iaitu enjin petrol Skyactiv-G 4-silinder 1.5 liter dan 2.0 liter. Enjin ini memberikan output kuasa 118 HP/153 NM bagi versi 1.5 liter dan 162 HP/213 NM bagi versi 2.0 liter. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik 6 kelajuan. 


Mengenai harganya, Mazda 3 yang telah dikemaskini ini dijual pada harga lebih tinggi bermula daripada  RM149,320 untuk varian asas 1.5 Mid sedan/hatch, peningkatan sebanyak RM6,000 berbanding dahulu. Harga bagi varian 2.0 High sedan juga meningkat sebanyak RM5,000 kepada RM156,059. 


screeshot_2023MY-Mazda-3-CBU-PRICE-PEN-MALAYSIA.JPG


Seterusnya, varian 2.0 High Plus sedan/hatch meningkat sebanyak RM5,000 kepada RM166,059. Akhir sekali, varian 2.0 Ignite Edition hatchback dijual pada harga tertinggi iaitu RM175,059, dengan peningkatan RM5,000. 


Pembelian adalah termasuk pakej selepas jualan Bermaz iaitu jaminan selama 5 tahun atau 100,000 KM dan pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun atau 100,000 KM.

2024-Mazda3-11-1536x569.jpg

Tag:

Mazda 3
2023 Mazda 3 sedan
2023 Mazda 3 hatchback
Kemas Kini Mazda 3
Bermaz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Mazda 3 1.5 High Plus 2025, Ada Versi Hatch, Sedan, Cuma Berharga RM118,900

Bermaz Motor (BAuto), turut melancarkan secara rasminya, varian baharu Mazda 3, Mazda 3 1.5 High Plus 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Mazda 3 2023 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM156K

Bermaz Motor, telah secara rasmi mengumumkan ketersediaan model Mazda 3 terbaru. Ini spesifikasinya...

11-10-2023
Berita Auto

Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.

31-03-2023
Kereta Baru

Mazda 3 2023 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM156K

Bermaz Motor, telah secara rasmi mengumumkan ketersediaan model Mazda 3 terbaru. Ini spesifikasinya...

11-10-2023
Kereta Baru

Mazda 3 2023 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM156K

Bermaz Motor, telah secara rasmi mengumumkan ketersediaan model Mazda 3 terbaru. Ini spesifikasinya...

11-10-2023
Berita Auto

Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Bermaz telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

03-07-2024
Berita Auto

[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti

Tahun 2024 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi Bermaz. Ini empat model yang akan dilancarkan.

28-12-2023
Berita Auto

Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.

31-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025