Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line Kini Murah RM51K, Dipasang CKD

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Review_Mercedes-Benz-GLC300-4Matic-AMG-Line_-12.jpg

Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line generasi kedua (X254) kini dipasang secara tempatan (CKD)


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) secara rasminya telah memasukkan SUV crossover GLC generasi kedua (X254)  dalam pemasangan tempatan (CKD) di kilang pemasangan MBM di Pekan, Pahang. 


Untuk makluman, crossover mewah generasi kedua dari negara Jerman ini telah diperkenalkan di Malaysia pada bulan April tahun ini pada harga RM429,888 tanpa insurans.


GLC-300-CKD-(2).jpgGLC-300-CKD-(1).jpg

Secara visual, versi CKD kelihatan serupa dengan versi CBU, kekal sporty dengan sentuhan AMG Line


GLC-300-CKD-(14).jpg

Versi CKD menggunakan trenkuasa MHEV turbo 4 silinder 2.0L 


Ketika hari pelancarannya, model ini ditawarkan dalam pasaran negara sebagai versi CBU. Hari ini, model sama ditawarkan pada harga lebih murah sebagai versi CKD dengan pelbagai ciri yang kekal sama. 


Versi CKD menggunakan trenkuasa MHEV turbo 4 silinder 2.0L yang lebih berkuasa, sama seperti C-Class W205 generasi terkini yang membekalkan kuasa 285 HP/400 NM. 


Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui transmisi automatik 9 kelajuan 9G-Tronic dan sistem pacuan semua roda 4Matic. Ini membolehkan pecutan 0-100 KM/J dilakukan dalam masa sepantas 6.2 saat. Sistem separa elektrik menjadikan penggunaan bahan api lebih efisien pada kadar 7.3L/100 KM (WLTP). 


GLC-300-CKD-(11).jpg

Bergerak ke bahagin dalam, versi CKD kekal dengan pelbagai ciri premium dan teknologi canggih seperti dalam versi CBU


GLC-300-CKD-(8).jpgGLC-300-CKD-(13).jpgGLC-300-CKD-(10).jpgGLC-300-CKD-(12).jpg

Antara ciri penting di dalam ruang kabin ialah skrin interaktif baharu, sistem audio Burmester 3D yang mantap, corong udara untuk penumpang belakang dan sebagainya



Dengan status CKD, harga jualannya dapat dikurangkan sebanyak RM51,000 iaitu daripada RM429,888 kepada RM378,888. Harga yang jauh lebih ‘rasional’ berbanding harga asal, namun kali ini terdapat sedikit perubahan iaitu penambahan bumbung suria. 


Malangnya, pakej bantuan pemandu aktif separa autonomi (ADAS) masih lagi tidak ditawarkan dengan ciri kawalan jelajah adaptif/pintar walaupun dalam versi CKD. 


CariCarz_Review_Mercedes-Benz-GLC300-4Matic-AMG-Line_-19.jpg


Apa pendapat anda tentang  Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line versi CKD? Sekiranya berminat, anda boleh membuat tempahan sekarang dengan menghubungi mana-mana pengedar sah terdekat atau layari  Mercedes-Benz Store


Ingin mengetahui lebih lanjut pendapat kami tentang  Mercedes-Benz GLC generasi kedua ini? Klik "Mercedes-Benz GLC 300 Mahal Tapi Masih Laku" untuk membaca ulasan kami berdasarkan pandu uji yang dibuat setelah meluangkan masa beberapa hari bersama kereta mewah ini. 




Tag:

Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line
2023 Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line
Mercedes-Benz GLC 300 4Matic AMG Line CKD
CKD Mercedes-Benz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Varian Mampu Milik, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Kini Di Australia – Malaysia Seterusnya?

Mercedes-Benz GLC generasi kedua (kod casis: X254) kini ditawarkan dalam varian lebih mampu milik di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) pertamanya, Australia.

13-03-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026