Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Range Rover Velar: Harga Kayangan, Boleh Beli Rumah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Range Rover Velar (L560) facelift 2023 yang pernah didedahkan secara global pada awal tahun ini akhirnya sudah mendarat di pasaran tempatan dengan harga bermula dari RM638,800.

Untuk pasaran tempatan, Jaguar Land Rover Malaysia menawarkan dua varian P250 Dynamic SE (M dan H Specs) dan P250 Dynamic HSE (L Specs).

image.pngimage.png

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata,  L560 adalah hasil gabungan antara kemewahan dan inovasi.

“Reka bentuknya dan ciri-ciri canggih dan prestasi elektriknya yang mengagumkan menekankan komitmen kami untuk membawakan pengalaman tiada tandingan kepada pelanggan kami yang arif,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

image.pngimage.png

Untuk makluman anda, ketiga-tiga varian itu disumbat dengan enjin petrol 4-silinder 2.0 liter turbo yang mampu mengeluarkan kuasa setakat 247 hp dan 365 Nm.

image.png

Difahamkan, kuasanya  dialirkan ke kotak gear automatik ZF lapan-kelajuan sebelum diagihkan ke kesemua roda menerusi sistem AWD. Gabungan antara kesemuanya membolehkan Velar memecut dari 0-100 km/j dalam masa  7.5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksima 217 kilometer sejam.

Malah, fungsi dinamik adaptif yang disediakan sebagai ciri standard bagi model H Spec dan L bagi memastikan suspensinya kukuh dalam apa jua keadaan pemanduan, selain dapat meningkatkan tahap keselesaan dan pengendalian kenderaan. 

image.png

Bagi varian tertinggi, L, ia dilengkapi dengan lampu depan Pixel LED yang sangat nipis dengan lampu nyalaan siang yang berbentuk permata sekali gus membawakan penampilan visual luar biasa pada spek L ini.

Malah, varian L juga dilengkapi dengan Sistem Pembersihan Udara Kabin menyediakan kualiti udara terbaik.

Nilai estetika ruang kabin varian Ldisempurnakan dengan fungsi lampu ambien yang membolehkan pemandu memilih daripada 30 warna.

Jadi bagi yang berminat, tempahan jentera ini sudah pun dibuka atau anda boleh mengunjungi bilik pameran Jaguar Land Rover di Blok 4, Jaguar Land Rover, Sime Darby Motors City, No. 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.landrover.com.my/.


Gallery

Tag:

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM)
2023 Range Rover Velar
L560
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K

Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Ini perinciannya...

20-02-2024
Kereta Baru

Range Rover Evoque Facelift Bakal Tiba

Harga masih belum didedahkan.

21-12-2023
Berita Auto

Tahniah JLRM

JLRM meraih anugerah itu selama tiga tahun berturut-turut.

14-11-2023
Kereta Baru

Range Rover Sport 2023 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM1.6 Juta

Range Rover Sport generasi ketiga dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia.

20-10-2023
Berita Auto

[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover

Ada ura-ura mengatakan bahawa Jaguar Land Rover (JLR) mahu melakukan pemasangan CKD di Malaysia.

30-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026