Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Yaris 2023 Dikemaskini Buat Kali Ke-2 – Skrin Lebih Besar, Harga Lebih Tinggi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-Yaris-1.jpg


UMW Toyota Motors (UMWT) sekali lagi mengemaskini model hatchback, Toyota Yaris 2023. Hatchback segmen B itu kali ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini serta diberikan reka bentuk baharu.


Toyota-Yaris-2023MY-Update-(6).jpg


Yaris 2023 terkini dipasangkan dengan skrin infotainmen lebih besar, bersaiz 9 inci


Yaris 2023 yang baharu ini hadir dengan skrin infotainmen sebesar 9 inci yang lebih besar berbanding keluaran sebelum ini yang menggunakan skrin 7 inci. Sistem ini boleh menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Selain itu, pada ruang pemandu terdapat kluster meter Optitron 4.2 inci yang baharu. Tempat duduk pula kini dibaluti fabrik dalam rekaan baharu yang berwarna hitam. 


Toyota-Yaris-2023MY-Update-(14).jpgToyota-Yaris-2023MY-Update-(13).jpgtoyota-my-yaris-vts.jpgToyota-Yaris-2023MY-Update-(8).jpg


Teknologi lain yang ditawarkan secara standard dalam Yaris 2023 termasuk pad pengecas tanpa wayar, port USB-C di tempat duduk depan, Sistem Telematik Kenderaan (VTS), tag RFID, serta perakam video digital (DVR) hadapan, dengan pilihan untuk  menambah DVR belakang pada harga RM380.


Toyota-Yaris-2023MY-Update-(1).jpgToyota-Yaris-6.jpgToyota-Yaris-2023MY-PlatinumWhiteTwoTone.jpgToyota-Yaris-2023MY-RedMicaTwoTone.jpg


Berbeza dengan Yaris facelift yang ditawarkan di Thailand, Yaris 2023 di Malaysia secara keseluruhannya masih mengekalkan reka bentuk lama. Namun, terdapat beberapa bahagian yang diberikan sentuhan baru seperti skirting hadapan dan belakang. Selain itu, Yaris kini ditawarkan dalam pilihan cat badan dua warna iaitu bumbung hitam yang boleh digabungkan sama ada dengan warna merah Red Mica atau putih  Platinum White Pearl.


Model ini masih menggunakan rim aloi bersaiz 16 inci yang sama, sementara, kelengkapan lain seperti lampu LED, cermin sisi lipatan auto dan pemegang pintu krom, hanya ditawarkan pada varian tertinggi, 1.5G. 


Toyota-Yaris-2023MY-Update-(7).jpgToyota-Yaris-2023MY-Update-(5).jpg


Yaris 2023 masih menggunakan enjin 1.5L Dual VVT-i yang sama seperti sebelumnya


Kedua-dua model, Yaris 1.5E dan 1.5G 2023 dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5L 4 silinder yang menghasilkan 106 HP dan 140 NM. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui transmisi automatik CVT dengan mod Shiftmatic 7 kelajuan. Perbezaan mekanikal yang ketara antara kedua-dua varian adalah penggunaan  brek cakera belakang, yang hanya ditawarkan pada varian 1.5G.


Toyota-Yaris-2023MY-Update-(3).jpgToyota-Yaris-2023MY-Update-(10).jpgToyota-Yaris-2023MY-Update-(12).jpgToyota-Yaris-2023MY-Update-(4).jpg


Dari segi keselamatan, Yaris 2023 masih menawarkan ciri keselamatan aktif dan pasif yang sama termasuk tujuh beg udara. Pakej ADAS Toyota Safety Sense (TSS) pula melengkapkan kenderaan dengan ciri keselamatan aktif seperti sistem pra-perlanggaran (PCS), amaran keluar lorong (LDA) dan pemantau titik buta (BSM) dengan amaran lintasan trafik belakang (RCTA).


Toyota-Yaris-2023MY-Update-(11).jpg


Toyota Yaris 2023 yang kini telah dinaik taraf dengan ciri baharu ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM88,000 atas jalan bagi varian asas, 1.5E, kira-kira RM4,700 lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sementara itu, Yaris 1.5G pula kini dijual pada harga lebih daripada RM90,000, dengan harga RM91,600. Harga yang dinyatakan adalah termasuk jaminan kenderaan tanpa had selama 5 tahun yang ditawarkan oleh UMWT.

Tag:

Toyota Yaris
Toyota Yaris 2023 MY Update
Kemaskini Toyota Yaris 2023
UMW Toyota Motor (UMWT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-06-2024
Kereta Baru

25-04-2024
Berita Auto

28-11-2023
Kereta Baru

18-09-2023
Kereta Baru

09-05-2023
Global

04-04-2023
Global

10-03-2023
Berita Auto

22-11-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025