Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

100 Kakitangan Sime Darby Bersihkan Pantai, Tanam Pokok

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(3).JPG

Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Malaysia Sime Darby Motors menganjurkan kempen ‘Seeds of Sustainability’ atau ‘Menyemai Benih Kelestarian’ di Sepang Gold Coast, baru- baru ini.

Inisiatif itu diambil untuk  menggalakkan pemuliharaan alam sekitar bagi ekosistem semula jadi.

Kira-kira  100 kakitangan telah berkumpul untuk menanam pokok dan membersihkan pantai dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Ocean Hero Conservation.

Menerusi hasil kerjasama mereka, lebih 50 anak pokok Casuarina ditanam di sepanjang pantai Sepang Gold Coast dan lebih daripada 73kg sampah dikutip sepanjang pantai berkenaan.

Photo-2-(3).jpg

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran, Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, program itu menjadi wadah untuk kakitangannya menjadi sukarelawan dan menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar selain memupuk ketetapan minda ESG yang kukuh.

“Usaha seumpama ini juga adalah sebahagian daripada rancangan strategik kami untuk menjana pertumbuhan lestari, termasuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, dengan menyokong matlamat penyahkarbonan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Menyentuh mengenai EV, beliau berkata, Sime Darby Motors terus menerajui dunia EV Malaysia menerusi barisan EV dengan menawarkan kenderaan bertaraf dunia, termasuk pelancaran BYD Dolphin dan BMW iX baru-baru ini.

image.png

“Ketibaan jentera ini di pasaran adalah untuk  memenuhi keperluan pasaran umum dan juga segmen mewah premium.

“Ia disokong pula pula dengan rancangan menambah rangkaian kemudahan pengecasan EV secara berterusan di seluruh negara dan perkembangan ekosistem lepas jualan sebagai persiapan penuh untuk EV di bilik-bilik pameran dan bengkel servis.

image.png

 “Ini jelas membuktikan kesungguhan kami untuk menjadikan pilihan kenderaan lestari lebih mudah dimanfaatkan oleh orang ramai,” tambahnya.

Gallery

Tag:

Sime Darby Motors
sepang gold coast
BYD Dolphin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Terpaksa Tutup 9 Cawangan Di China – Persaingan Terlalu Sengit

Sime Darby Bhd menjangkakan tahun yang mencabar bagi divisyen automotifnya susulan peningkatan persaingan akibat lambakan kenderaan dari negara China.

26-02-2025
Berita Auto

Sime Motors AutoArena: Promosi & Pandu Uji Pelbagai Jenama Kereta Di Stadium Bukit Jalil, 10-12 Januari

Jom rasai pengalaman membeli kereta di stadium! Bermula hari ini hingga 12 Januari 2025, Sime Motors menganjurkan Sime Motors AutoArena, acara automotif pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

10-01-2025
Berita Auto

Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.

20-11-2024
Berita Auto

BYD Tarik Balik Atto 3, Dolphin HANYA Di Pasaran China," - Sime Darby Motors

Sime Darby Motors meminta pemilik BYD di sini tidak perlu bimbang susulan daripada langkah penarikan balik itu.

02-10-2024
Kereta Baru

BYD Atto 3 Kini Dengan Spesifikasi Lebih Tinggi, Bateri 21% Lebih Besar – Harga Kekal RM149,800

Sime Darby Motors melancarkan varian terbaru bagi crossover elektrik terlaris mereka, BYD Atto 3. Kali ini dengan spesifikasi lebih tinggi.

06-09-2024
Berita Auto

Pusat Servis Sehenti Sime Darby Drivecare KL: Lengkap, Mampu Milik & Selesa

Sime Darby Motors (SDM) telah melancarkan Drivecare, pusat servis sehenti di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

26-06-2024
EV

SDM Edar Xpeng Di Hong Kong

Xpeng akan melancarkan dua model baharunya di Hong Kong.

15-04-2024
Berita Auto

UMW Holdings Kini 100% Milik Sime Darby

Sime Darby Berhad kini pemegang 100% kepentingan UMW Holdings Berhad (UMW).

24-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026