- Berita
- Berita Auto
- Bilik Pameran BYD Berkonsep Inovatif Dibuka Di City One Megamall, Kuching
Bilik Pameran BYD Berkonsep Inovatif Dibuka Di City One Megamall, Kuching
-full_normal.jpg)
Bilik pameran Kuching ini ialah bilik pameran berkonsepkan pusat beli-belah ketiga BYD di Malaysia
BYD, Sime Darby Motors, dan Regas EV Auto Sdn. Bhd. telah merasmikan pembukaan bilik pameran baharu berkonsepkan pusat beli-belah di Kuching, Sarawak. Acara ini turut dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.
Terletak di tingkat bawah City One Megamall, bilik pameran inovatif yang berkeluasan 3,000 kaki persegi ini menjanjikan pengalaman pembelian unik yang imersif kepada para pelanggan.Bilik pameran ini berfungsi sebagai Pusat 1S yang mempamerkan model-model terkini BYD untuk pasaran Malaysia.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Bilik pameran ini juga terletak strategik berdekatan dengan Pusat Servis BYD di Jalan Tun Jugah yang menawarkan perkhidmatan pasca jualan dan penyelenggaraan kenderaan dengan dua ruang servis.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Dato Sri Dr Sim Kui Hian memuji komitmen BYD terhadap kelestarian, selari dengan usaha Malaysia untuk masa depan yang lebih hijau. Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. Bhd., Eagle Zhao, menyatakan hasrat syarikat untuk menjadikan EV lebih mudah diperoleh dan memajukan kelestarian di rantau ini.
-full_normal.jpg)
BYD kini mempunyai 12 pusat pameran di seluruh Malaysia, termasuk pusat pameran Kuching yang merupakan pusat pameran berkonsepkan pusat beli-belah ketiga BYD di Malaysia, yang mempamerkan model-model seperti BYD ATTO 3 dan BYD DOLPHIN.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

