Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bosch Lancar Kempen #CareForSafety

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bosch AA melancarkan #CareForSafety, kempen keselamatan untuk kanak-kanak di Dignity For Children Foundation baru-baru ini.

Program itu adalah  sebahagian daripada komitmen Bosch Automotive Aftermarket (AA) dalam memberikan impak kepada komuniti.

Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Klaus Landhaeusser berkata, pihaknya melancarkan projek tersebut  sempena pencapaian Bosch yang ke- 100 tahun.

#CareForSafety akan memberi tumpuan kepada pendidikan keselamatan jalan raya dan tajaan pengangkutan bas untuk kanak-kanak Dignity. 

“Bengkel ini akan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan jalan raya dan cara untuk kekal selamat di jalan raya. Bagi tajaan pengangkutan bas pula, ia akan membantu kanak-kanak lebih selamat ke sekolah dan dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga menerusi pemberian subsidi untuk kos pengangkutan bas,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, satu program turut disediakan  untuk guru-guru di Dignity For Children Foundation ialah Bengkel Keselamatan PRO. 

image.png

Ia akan melatih guru-guru tentang sukatan pelajaran keselamatan jalan raya serta mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan diri, keselamatan jalan raya dan keselamatan ketika berada dalam talian. 

Bengkel-bengkel ini akan melibatkan pelbagai badan profesional sebagai rakan kongsi untuk membantu mendidik kanak-kanak cara untuk menjaga keselamatan di mana-mana.

Selain itu, dengan setiap pembelian produk berkaitan brek di Bosch Autoparts Official Store, Bosch AA Bersama Carsuka Automotive, pengedar eDagang mereka akan mendermakan RM4 kepada inisiatif ini sepanjang kempenberlangsung. 

Pelancaran #CareforSafety di Malaysia menandakan negara keempat di mana kempen #CareForLife serantau ASEAN dilancarkan.

Thailand dan Vietnam akan memperkenalkan kempen masing-masing dalam terdekat di mana ia akan memberi tumpuan kepada aspek udara yang bersih dan aspek kesihatan kanak-kanak.

Gallery

Tag:

Bosch Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026