- Berita
- Berita Auto
- Lagi Kereta Terbabas

Sebuah Proton Saga yang terperosok ke dalam longkang menyebabkan si pemandunya maut di tempat kejadian.
Kejadian meny ayat hati berlaku di Jalan Durian Daun, Melaka malam tadi manakala Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian berlaku disebabkan hilang kawalan.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sebukor dan memandu kereta Proton Saga dari arah bandar Melaka menghala ke Bukit Baru.


"Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan tercampak ke longkang di hadapan Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun," katanya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Tey Shen Hao, 26 yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Sebukor.
Bagi yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian ini, anda boleh tampil di mana-mana balai polis berdekatan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
