- Berita
- Berita Auto
- Bosch Lancar Kempen #CareForSafety

Bosch AA melancarkan #CareForSafety, kempen keselamatan untuk kanak-kanak di Dignity For Children Foundation baru-baru ini.
Program itu adalah sebahagian daripada komitmen Bosch Automotive Aftermarket (AA) dalam memberikan impak kepada komuniti.
Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Klaus Landhaeusser berkata, pihaknya melancarkan projek tersebut sempena pencapaian Bosch yang ke- 100 tahun.
#CareForSafety akan memberi tumpuan kepada pendidikan keselamatan jalan raya dan tajaan pengangkutan bas untuk kanak-kanak Dignity.
“Bengkel ini akan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan jalan raya dan cara untuk kekal selamat di jalan raya. Bagi tajaan pengangkutan bas pula, ia akan membantu kanak-kanak lebih selamat ke sekolah dan dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga menerusi pemberian subsidi untuk kos pengangkutan bas,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah, satu program turut disediakan untuk guru-guru di Dignity For Children Foundation ialah Bengkel Keselamatan PRO.

Ia akan melatih guru-guru tentang sukatan pelajaran keselamatan jalan raya serta mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan diri, keselamatan jalan raya dan keselamatan ketika berada dalam talian.
Bengkel-bengkel ini akan melibatkan pelbagai badan profesional sebagai rakan kongsi untuk membantu mendidik kanak-kanak cara untuk menjaga keselamatan di mana-mana.
Selain itu, dengan setiap pembelian produk berkaitan brek di Bosch Autoparts Official Store, Bosch AA Bersama Carsuka Automotive, pengedar eDagang mereka akan mendermakan RM4 kepada inisiatif ini sepanjang kempenberlangsung.
Pelancaran #CareforSafety di Malaysia menandakan negara keempat di mana kempen #CareForLife serantau ASEAN dilancarkan.
Thailand dan Vietnam akan memperkenalkan kempen masing-masing dalam terdekat di mana ia akan memberi tumpuan kepada aspek udara yang bersih dan aspek kesihatan kanak-kanak.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/