Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAZDA 6 Selamat Mendarat, Versi CBU

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Mazda 3 2023 yang dinaik taraf, Bermaz Motor turut melancarkan Mazda 6 edisi ulang tahun yang ke-20 untuk pasaran tempatan.

Ia turut hadir dengan dua varian lain iaitu: Mazda6 2.0L dan Mazda6 2.5L Touring.

Difahamkan, pengemaskinian Mazda 6 ini adalah varian istimewa sempena ulang tahun Edisi Mazda 6 yang ke-20.

Berdasarkan varian tertinggi Mazda 6, 2.5 High Plus, Edisi Ulang Tahun Ke-20 ini didatangkan dengan warna unik  yang dipanggil sebagai Artisan Red Premium.

image.png

Ini  adalah hasil kerja cat keempat Mazda yang disesuaikan khas melalui teknologi cat Takuminuri (pewarna artisan) yang unik.

Teknologi ini mampu menghasikan kemasan cat berkualiti tinggi seolah-olah warna tersebut dicat menggunakan buatan tangan yang pakar.

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lencana yang tertera  20th Anniversary di fender hadapan, rim eksklusif bersaiz 19 inci dengan dalam kemasan metalik terang, serta disesuaikan dengan gril radiator sporty.

Malah kemasan kabinnya juga dihiasi dengan upholsteri kulit berwarna keperangan dimana pada perehat kepala tempat duduk hadapan juga disulam dengan lencana 20th Anniversary.

image.pngimage.png

Antara pengemaskinian yang dibuat ialah cermin pandang belakang  tanpa bingkai, skrin kluster MID tujuh inci, dan pelindung cahaya matahari untuk tingkap belakang dan ditambahkan dengan pelindung cahaya matahari untuk cermin belakang.

Sama seperti Mazda 3 2023 yang diperbaharui, sebenarnya banyak perubahan dilakukan pada bahagian kabin untuk semua varian  seperti  pad pengecas telefon pintar wayarles serba baharu.

image.png

Jentera ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti ADAS,  dikemaskini dengan dengan Sokongan Brek Pintar Depan & Belakang (SBS), KAWALAN Jelajah Radar Mazda atau Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan fungsi Stop & Go dan Sokongan Pelayaran & Trafik (CTS).

Seain itu, tiada sebarang perubahan yang dibuat pada bahagian mekanikal. 

Ini kerana Mazda 6 2.0 Sedan terus menggunkan enjin  petrol Skyactiv-G 2.0 liter 4 silinder dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 162 hp dan 213 Nm.

image.png

 Ia dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan Skyactiv-Drive. 

Pakej ini menjanjikan kecekapan bahan api purata sehingga 6.5 liter/100 KM.

Bagi 2.5 Touring dan Edisi Ulang Tahun ke-20, kedua-duanya menggunakan enjin Skyactiv-G 2.5 liter -4cyl yang lebih besar.

Jadi ia boleh  menghasilkan kuasa  192 hp dan 258 NM. Ia dipadankan dengan  kotak gear automatik 6-kelajuan Skyactiv-Drive, selain menjanjikan kadar kecekapan bahan api 7.0 liter/100 KM (sedan) dan 7.1 liter/100 KM 

image.png

Mengenai harga, Mazda 6 2.0 Sedan 2023 adalah versi diimport sepenuhnya (CBU) dan dijual pada  harga RM180,359,  Mazda 6 2.5 Touring  2023 pula berharga RM230,848 manakala Mazda6 20th Anniversary Edition ( RM240,848.00).

Semua harga yang disenaraikan di sini termasuk tawaran standard Bermaz bagi jaminan 5 tahun atau had perbatuan 100,000 kilometer dan pakej penyelenggaran  percuma selama lima tahun.

Bagi yang berminat jentera ini sudah mula dipamerkan di Pusat Beli-Belah One Utama (Oval Concourse) bermula  hari ini hingga 15 Oktober 2023.


Gallery

Tag:

Mazda 6
mazda anniversary
Madza 6 sedan
estate
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Auto China 2024: EV Mazda EZ-6 Pengganti Sedan Mazda 6 Masuki Fasa Pengeluaran Sebelum 2025

Auto China 2024: EV Mazda EZ-6 Pengganti Sedan Mazda 6 Masuki Fasa Pengeluaran Sebelum 2025

Menjadi perhatian ramai semasa pameran automotif Auto China 2024 minggu ini ialah Mazda EZ-6. Ini yang menarik...

26-04-2024
Global
Mazda 6 Ucap Selamat Tinggal Kepada Jepun – Malaysia Seterusnya?

Mazda 6 Ucap Selamat Tinggal Kepada Jepun – Malaysia Seterusnya?

Rakyat Jepun akhirnya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada sebuah sedan segmen D...

22-01-2024
Berita Auto
Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Harga Jualan Mazda Mungkin Naik Sehingga RM26K

Senarai harga jualan kenderaan Mazda untuk pasaran Malaysia di bawah Bermaz Auto Sdn Bhd yang dijangka akan meningkat.

31-03-2023
Global
[VIDEO] Pencuri Mazda 6 Ini Lari Dari Polis, Kereta Tersekat Di Tangga

[VIDEO] Pencuri Mazda 6 Ini Lari Dari Polis, Kereta Tersekat Di Tangga

Video sebuah kereta sedan Mazda 6 tersekat di antara pemegang tangga tersebar di media sosial.

25-08-2022
Gambar
2020 Mazda 6 Gallery

2020 Mazda 6 Gallery

2020 Madza 6 Gallery

22-02-2021

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026