Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

SDRAC Serah 4 EV Kepada MBIP

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC) selaku pemegang lesen francais eksklusif bagi Hertz di Malaysia hari ini menyerahkan empat kenderaan elektrik (EV) kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk urusan rasmi.

Penyerahan itu diikuti dengan  perjanjian pajakan EV yang ditandatangani antara SDRAC-Hertz dan MBIP ketika berlangsungnya pameran International Greentech & Eco Products Exhibition Conference Malaysia (IGEM) 2023 baru-baru ini. 

Difahamkan, perjanjian pajakan dengan MBIP adalah satu daripada dua usaha mobiliti hijau oleh SDRAC-Hertz yang bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan EV dalam perniagaan kereta sewa.

image.png

Ketua Pegawai Operasi, Sime Darby Rent-A-Car-Hertz Malaysia, Nahar Hakimy berkata, kerjasama itu mencerminkan kesungguhan pihaknya terhadap penyelesaian pengangkutan Lestari.

“Malah, ia melengkapi sasaran ESG oleh Kumpulan Sime Darby untuk memiliki lebih daripada 50% produk cekap tenaga dalam portfolio menjelang 2025.

“Kami telah mengambil langkah ke arah mengurangkan jejak karbon melalui  penggunaan kenderaan elektrik dalam penawaran perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Datuk Bandar MBIP, Datuk Mohd Haffiz Ahmad pula berkata, pajakan empat EV dan kerjasama dengan SDRAC-Hertz hanyalah satu permulaan.

“Kami akan menambah jumlah EV sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan jejak karbon di Iskandar Puteri.

“Penggunaan kenderaan elektrik bukan sekadar pilihan tetapi kesunggguhan kami ke arah bandar dan negara yang lebih bersih, lebih hijau dan lestari. Ini juga selari dengan Pelan Mobiliti Rendah Karbon kerajaan,” katanya.

image.png

Menerusi empat EV yang dipajak, salah satunya adalah Hyundai Ioniq 5 Plus, yang akan digunakan oleh Datuk Bandar manakala yang baki ialah  Hyundai Kona E-Max dimana ia akan digunakan oleh penguatkuasa majlis bagi menjalankan tugas harian mereka.

Perjanjian pajakan tersebut juga lengkap dengan pakej menyeluruh, termasuk jaminan

tanpa had perbatuan, ketersediaan kenderaan ganti, penyelenggaraan, alat ganti, insurans, cukai jalan dan bantuan tepi jalan 24/7.

Untuk memastikan pengalaman yang menyenangkan bagi MBIP, SDRAC-Hertz juga mengambil tanggungjawab untuk menyelenggara barisan kenderaan bagi unit yang dipajak itu. 

Rakan Sewaan EV eksklusif bagi IGEM 2023 hingga 2030

SDRAC-Hertz juga turut memperkukuhkan kesungguhannya terhadap usaha mesra alam dengan melanjutkan peranannya sebagai rakan sewaan rasmi bagi EV untuk IGEM hingga 2030. 

Kerjasama strategik ini menggariskan dedikasi SDRAC untuk memupuk amalan kelestarian dan mempromosi penyelesaian mobiliti hijau.

image.png

Sebagai rakan sewaan EV khusus untuk IGEM, SDRAC-Hertz akan memberikan akses kenderaan EV bagi pengunjung dalam usaha untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang mesra alam untuk dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.

Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia Alliances (GTMA), Elina Jani berkata, kerjasama antara IGEM dan SDRAC-Hertz menandakan satu lagi kerjasama jangka panjang yang selari dengan misi penting “Race Towards Net Zero” IGEM. 

SDRAC-Hertz dengan jelas sedang menuju ke arah pengangkutan bersih sepenuhnya, sebagai satu daripada pelopor industri yang menampilkan kepimpinan mereka terhadap perubahan iklim.

Kami berharap agar usaha ini akan menggalakkan lagi kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam mempergiat peralihan Malaysia ke arah pengangkutan hijau sepenuhnya,” jelasnya.

Gallery

Tag:

mbip
SDRAC-Hertz Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
SDAB, SDRAC Meterai Kerjasama

SDAB, SDRAC Meterai Kerjasama

Nak raya Cina, jom sewa BMW iX dengan Hertz Malaysia.

06-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026