- Berita
- Berita Auto
- SERAM! Nasib Tak Mati!
Seorang kanak-kanak cukup bernasib baik kerana terselamat apabila dia tercampak keluar daripada kenderaan lalu dirempuh sebuah Honda City ketika sedang membuat pusingan U.
Kejadian berlaku di Kelantan namun butiran lokasi tidak didedahkan dengan terperinci.
Kemalangan berkenaan yang dikongsi oleh Info Malaysia di Facebook menunjukkan kanak-kanak itu terkeluar daripada pintu belakang.
Dia kemudian terjatuh lalu dirempuh sebuah Honda City di bahagian kaki dan sebuah Perodua Ativa turut melanggarnya kerana tidak sedar dengan kehadiran kanak-kanak berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan kanak-kanak malang itu terjatuh namun sempat berjalan sebelum diselamatkan seorang penunggang motosikal dan mengangkatnya lalu membawanya di tepi jalan.
Bagaimanapun, kelibat ibu bapa kanak-kanak itu tidak kelihatan atau mungkin tidak sedar anaknya terkeluar.
Diharapkan kejadian ini menjadi iktibar kepada mereka yang membawa anak kecil, pastikan semua pintu sudah dikunci sebelum memandu bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Gallery


Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/