Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tular! Pemandu Lori Sampah Kena Pukul

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebab hon kena bantai!

Itu nasib malang seorang pemandu lori sampah yang dipukul kerana membunyikan hon bertubi-tubi kerana mahu meminta pemandu kereta di hadapan mengalihkan kenderaannya.

Kejadian berlaku di Jalan 6, Jalan Panchang Bedena, Sungai Besar, Sabak Bernam semalam.

Insiden itu turut tular di media sosial yang menunjukkan lelaki berbaju hitam pada mulanya mengertak pemandu lori sampah dengan sebatang kayu.

image.png

Suspek kemudiannya bertindak agresif apabila dirakam memanjat lori sampah itu semata-mata untuk memukul mangsa.

Akibat kejadian itu, pemandu lori sampah itu cedera di tangan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan pihaknya mengesan satu video berhubung kejadian itu yang tular di Facebook.

"Pada masa sama, polis turut menerima laporan daripada lelaki berusia 37 tahun.

"Mangsa memaklumkan kejadian berlaku jam 9.30 pagi ketika sedang memandu lori untuk mengutip sampah di kawasan Panchang Bedena. Mangsa kemudian  membunyikan hon untuk meminta suspek mengalihkan kenderaannya.

"Namun suspek bertindak agresif dengan datang ke arah mangsa dan memarahi, mengugut serta memukulnya dengan kayu," katanya.

Mangsa turut trauma kerana suspek membuat ugutan ke atas dirinya.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta  menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32242222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Farid Sutrisno Tanjung (019-3224855).

Gallery

Tag:

Royal Malaysian Police (PDRM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Wanita Maut Dilanggar Pemandu Positif Dadah

Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pemandu lalok dadah

18-11-2024
Berita Auto

Polis Pun Guna Honda!

PDRM cawangan MPV Kajang mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima lima buah Honda Civic FE, baru-baru ini.

13-02-2024
Berita Auto

OP Lancar Bermula Khamis Ini

Hati-hati anda dipantau dari atas.

06-02-2024
Berita Auto

Hati-Hati Keluar Duit!

Suspek guna parang, kayu besbol pecahkan kereta.

31-12-2023
Berita Auto

AWAS Kaum Lelaki, Jangan Suka Hati Kencing Di Tempat Awam

Hati-hati buat mereka yang suka kencing di merata tempat/

21-11-2023
Berita Auto

Nyawa Sudah Melayang, Bila Isu Jalan Berlubang Nak Selesai?

Penunggang motosikal maut selepas terlanggar jalan berlubang.

20-11-2023
Berita Auto

Ibu Bapa Patut Kena Hukum, Biarkan Anak Memandu

MOT akan menkaji semula akta sedia ada.

16-11-2023
Berita Auto

Ramai Masih Keliru

Nampaknya, orang ramai masih keliru dengan cukai jalan dan lesen memandu digital.

08-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026