Link Copiedcheck_circle
EV

Chery Malaysia Serahkan EV Omoda E5 Kepada MITI

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-OmodaE5-MITI-2.jpg


Upacara penyerahan Chery Omoda E5 EV kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz oleh Pengerusi Chery Automobile, Tuan Yin Tong Yue


Chery Malaysia baru-baru ini telah membuat penyerahan model EV terbaru, Chery Omoda E5 EV, kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian Malaysia, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz. Peristiwa bersejarah ini berlangsung semasa lawatan Pengerusi Chery Automobile Co. Ltd., Yin Tong Yue, ke Malaysia, diiringi oleh wakil-wakil utama Chery dari China yang terdiri daripada pihak pengurusan teratas Chery.


Chery-OmodaE5-MITI-3.jpg


Penyerahan Omoda E5 kepada Menteri MITI adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Chery Automobile ke Malaysia


Dalam satu upacara eksklusif yang diadakan di ibu pejabat MITI, Pengerusi Chery Automobile telah menyerahkan Omoda E5 kepada Menteri MITI, Tengku Zafrul, yang disaksikan oleh wakil-wakil Chery Automobile dan pegawai-pegawai kanan di MITI. SUV elektrik ini dijangka akan memainkan peranan penting untuk menghidupkan semula kehadiran Chery di pasaran Malaysia, menjadi model elektrik pertama yang akan dilancarkan oleh jenama China ini di sini.


Chery-OMODA5-H-EXT-7.jpg


SUV Chery Omoda 5 merupakan salah satu model terlaris Chery untuk pasaran eksport


Penyerahan Omoda E5 kepada Menteri MITI adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Chery Automobile ke Malaysia dalam usaha mencari peluang baru untuk pembangunan jenama Chery di Malaysia. Hadir bersama Pengerusi Yin Tong Yue semasa lawatan ini ialah Presiden Chery International, Zhang Gui Bing, Naib Presiden Chery International, Chen Chun Qing dan wakil pengurusan teratas lain.


Caricarz-MBA-Chery-Omoda5-EV-4.jpgCaricarz-MBA-Chery-Omoda5-EV-9.jpg


EV Chery Omoda E5 telah dipertontonkan semasa Chery International User Summit 2023 di Wuhu, China


Bagi mendapatkan pemahaman mendalam mengenai dasar dan trend automotif terkini Malaysia, perbincangan telah diadakan bersama pemain pasaran automotif negara, pelabur dan pengedar Chery, serta wakil-wakil industri lain semasa lawatan. Semua pihak berkongsi pandangan mengenai kemajuan projek-projek penting di Malaysia, serta mengkaji strategi pembangunan Chery Malaysia. 


"Malaysia [sebuah pasaran] penting dalam strategi global Chery. Pelaburan untuk menubuhkan kilang CKD bukan hanya untuk manfaat pasaran Malaysia tetapi juga seluruh rantau Asia Tenggara,” kata  Pengerusi Yin Tong Yue.


Sejak awal ditubuhkan, pasaran eksport sentiasa menjadi keutamaan bagi Chery. Data terkini yang dikeluarkan pada bulan Oktober lalu menunjukkan bahawa jumlah eksport kumulatif Chery Omoda telah melebihi 130,000 unit. Kejayaan ini berjaya dicapai hasil prestasi cemerlang Omoda di pasaran tempatan dan pasaran serantau ASEAN.


Caricarz-MBA-Chery-Omoda5-EV-8.jpg


Tag:

Chery Omoda E5 EV SUV
Chery Malaysia
Chery EV
Omoda EV
MITI
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Chery Malaysia Hantar Omoda E5 Sampai Depan Rumah

Chong Wei merupakan pelanggan pertama menerima Chery Omoda E5.

01-04-2024
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN

Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.

11-03-2026
Berita Auto

Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya

Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.

06-03-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026