Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ford Everest Wildtrak, Harga RM338,888

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Ford Ranger Platinum,  Ford Everest WildTrak Edisi Khas turut dilancarkan pada majlis pelancaran yang diadakan di Bamboo Hills, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ford  Everest WildTrak ini pula dijual pada harga RM338,888 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah (RM342,388 di atas jalan raya tanpa insurans) dan  RM342,388 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Sarawak.

Trak pikap ini dilihat menampilkan gaya tersendiri baik di dalam mahupun di luar, memandangkan Ford Everest WildTrak Edisi Khas ini direka  untuk menarik perhatian individu yang suka mengembara.

image.png

Lebih menarik, ia hadir dengan teknologi bertaraf dunia dengan kemudahan dan keselesaan tahap premium bagi  memastikan pelanggan menikmati pengalaman memandu yang cukup selesa.

Pengarah Urusan, Ford Asia Pacific Distributor Markets (APDM), DJ Simpson berkata, pihaknya cukup teruja untuk meraikan satu lagi mercu jaya penting dengan pelancaran model utama baharu dalam rangkaian varian Everest. 

“Ford sentiasa komited terhadap usaha membangunkan SUV yang perlu dimiliki dengan ciri-ciri kelebihan yang luar biasa dan sudah tentu termasuk Everest WildTrak. 

“Dengan penampilan baharu yang lebih perkasa dan diterapkan pelbagai unsur reka bentuk yang menarik, SUV ini pasti menarik perhatian di jalan raya,” katanya.

Difahamkan, Ford Everest WildTrak Edisi Khas direka khusus untuk mereka yang sudah berkeluarga namun gemar melakukan aktiviti lasak.

image.pngimage.png

Dari segi prestasi, Ford Everest WildTrak Edisi Khas dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo yang digandingkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.

Ia hadir dengan enam pilihan  mod pemanduan iaitu Normal, Eco, Tunda/Tarik, Licin, Lumpur/Denai, dan Pasir.

image.pngimage.png

Sementara itu, ruang kabinnya pula direka semula memandangkan terdapat kerusi kulit sintetik hitam yang dihiasi jahitan oren dan logo ‘WildTrak’ pada kerusi depan.

Selain itu, ia juag dilengkapi gril yang menonjol dengan huruf ‘WILDTRAK’ hitam pada bahagian bonet depan.

Everest WildTrak Edisi Khas ini turut menyediakan rangkaian lengkap teknologi bantuan pemandu, terutamanya Bantuan Parkir Aktif 2.0 (Pertama dalam kelas) yang memudahkan pemandu meletakkan kenderaan dalam ruang sempit dengan mudah. 

Pemandu dan penumpang boleh kekal terhubung menerusi pelbagai kemudahan dan keselesaan yang disediakan, termasuk skrin sentuh dan fungsi terpelbagai bersaiz 12 inci yang terbaik dalam kelasnya, dan juga paparan maklumat warna 12.4 pada kluster instrumen. 

image.png

Rel Bumbung yang diangkat pada Everest WildTrak yang menyediakan ruang untuk dililit, menjamin keselamatan tambahan untuk kargo dan panel bumbung panoramiknya yang membolehkan pelanggan menikmati panaroma langit dan pemandangan indah.

image.png

Everest WildTrak Generasi Depan ini hadir dalam tiga warna luar termasuk Luxe Yellow, Meteor Grey dan Absolute Black.

Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, layari www.sdacford.com.my.


Gallery

Tag:

Ford everest wildtrak
fordmalaysia
fordeverest
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Diskaun 20% Hanya Untuk Alat Ganti Tulen

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan promosi penjimatan sebanyak 20 peratus untuk alat ganti tulen sempena akhir tahun dan Tahun Baharu Cina.

02-12-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026