Link Copiedcheck_circle
Global

Harga Masih Belum Didedahkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota Camry kini didatangkan dalam versi hibrid tetapi bukannya di Malaysia sebaliknya di Amerika Syarikat.

Dengan nama kod XV80, Camry generasi kesembilan hadir dengan sistem pacuan dua roda atau semua roda.

Ia menggunakan enjin petrol empat silinder sebaris 2.5 liter serta dua motor elektrik sekali gus mampu menghamburkan kuasa setakat  225 hp.

image.pngimage.png

Difahamkan, motor elektriknya dijana dengan pek bateri litium ion kecil namun kapasitinya tidak didedahkan.

Malah, kedua-dua rangkaian kuasa (AWD, FWD) menggunakan kotak gear automatic transmisi CVT (eCVT)  sebagai standard.

Sama seperti model gen sebelumnya (XV70), Camry ini dibangunkan berdasarkan  platform TNGA-K.

Dikhabarkan, suspensinya telah ditala semula dengan penyerap hentak baharu, bagi menawarkan respons yang cukup padu serta pengendalian yang lebih cekap  berbanding pendahulunya.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, ia dihiasi dengan gril ‘hammerhead‘ manakala lampu LED LED pula jenis nipis.

Bahagian belakang pula, lampunya berbentuk C manakala tulisan Camry pula diletakan secara berjauhan.

Bahagian dalam pula, ia dilengkapi dengan skrin sesentuh 12.3 inci, panel instrumen digital 12.3 inci paparan head-up display 10 inci dan sebenarnya banyak lagi.

image.pngimage.png

Buat masa ini, ia hanya menembusi pasaran Amerika Syarikat dan akan memulakan pengeluaran secara domestik pada tahun depan nanti

Bagaimanapun, Toyota AS masih  belum mendedahkan harga yang tepat namun kami menjangkakan ia akan mula dijual pada harga sekitar  A$26,420 (RM123,275) di AS.


Gallery

Tag:

Toyota USA
Next-Gen Toyota Camry
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

11-02-2026
Global

28-01-2026
EV

14-05-2025
Global

06-01-2025
Global

07-11-2024
Global

15-04-2024
Global

15-11-2023
Global

10-11-2023

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026