Link Copiedcheck_circle
Global

Land Cruiser Baharu: SUV Hibrid Bergaya Retro

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota-LandCruiser-J250-1.jpg


Toyota Land Cruiser generasi terkini akhirnya diperkenalkan secara rasmi di peringkat global hari ini. Pendedahannya sekaligus membuktikan kebenaran khabar angin bahawa Land Cruiser kali ini akan berdiri sebagai sebuah SUV bergaya retro dengan trenkuasa hibrid. 


Land Cruiser generasi terbaru ini berkongsi platform TNGA-F yang sama dengan kembar mewahnya yang baru sahaja diperkenalkan, Lexus GX. Walaupun saiz tidak sama, kedua-dua model ini tampil dalam reka bentuk retro yang mencuri tumpuan.


Toyota-LandCruiser-J250-9.jpgToyota-LandCruiser-J250-8.jpg
Toyota-LandCruiser-J250-12.jpgToyota-LandCruiser-J250-11.jpg


Land Cruiser baharu ini ditawarkan dalam beberapa varian, masing-masing dengan perbezaan rekaan yang tidak terlalu ketara. Semua varian mempunyai bampar hadapan yang menonjol dengan gril segi empat bertulisan 'Toyota.'


Varian asas 1958 dan andalan (flagship) First Edition mempunyai lampu hadapan LED yang berbentuk bulat di sisi gril, manakala varian pertengahan yang dinamakan 'Land Cruiser' mempunyai lampu berbentuk segi empat seperti model Land Cruiser FJ62.


Toyota-LandCruiser-J250-6.jpgToyota-LandCruiser-J250-13.jpg


Dari sisi, semua varian Land Cruiser baharu ini mempunyai bentuk ‘kotak’ sebuah SUV yang klasik, dengan fender yang sedikit melebar dan cladding bawah badan yang menambahkan elemen rangginya. Semua varian dilengkapi dengan rim 18 inci sebagai ciri standard, manakala varian pertengahan boleh dipilih dengan rim 20 inci. Tanpa mengira varian atau saiz rim, kesemuanya menggunakan tayar jenis all-season.


Toyota-LandCruiser-J250-4.jpgToyota-LandCruiser-J250-14.jpg


Di bahagian belakang, semua varian Land Cruiser baharu ini mempunyai lampu belakang berbentuk kotak biasa, memberikan aura rekaan yang ringkas pada keseluruhan sudut belakang. Selain itu, Land Cruiser siri 250 ini juga mempunyai bampar belakang yang menyerlah dengan tayar simpanan di bawahnya. Tingkap pada but belakang ini boleh dibuka secara berasingan, ini merupakan salah satu ciri yang terdapat pada Land Cruiser klasik.


Toyota-LandCruiser-J250-17.jpg


Bergerak ke bahagian dalam, Land Cruiser baharu ini tampil dengan reka bentuk kabin yang sederhana, namun ia tetap diberikan pelbagai kelengkapan moden. Untuk varian asas, 1958, kabin dilengkapi paparan infotainment bersaiz 8 inci, tempat duduk dalam upholsteri fabrik, fungsi pemanas untuk tempat duduk dan stereng, serta sistem audio 6 speaker. 


Toyota-LandCruiser-J250-21.jpgToyota-LandCruiser-J250-22.jpg


Varian pertengahan dan First Edition menggunakan skrin infotainmen lebih besar, bersaiz 12.3 inci. Untuk varian pertengahan, diberikan upholsteri kulit sintetik, manakala First Edition balutan kulit asli. Tidak cukup dengan itu, pembeli boleh memilih pakej premium, yang melengkapkan SUV ini dengan kemudahan tambahan seperti tempat duduk dengan fungsi pemanas dan penyejuk, paparan-di-kepala (HUD), cermin pandang belakang digital, bumbung bulan panorama, serta sistem audio JBL premium 14 speaker. 


Land Cruiser generasi J250 ini hanya ditawarkan dalam konfigurasi lima tempat duduk dua baris, sama seperti model yang dikeluarkan pada tahun 70-an dan 80-an.


Toyota-LandCruiser-J250-10.jpg


Dari segi keselamatan, Land Cruiser ini dilengkapi pakej ADAS Toyota Safety Sense 3.0 terkini. Ini merangkumi fungsi keselamatan aktif seperti Lampu Suluh Tinggi Automatik, Pemantau Titik Buta (BSM), Kawalan Jelajah Radar Dinamik Julat Kelajuan Penuh, Amaran Keluar Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, Bantuan Jejak Lorong, Sistem Pra-Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki, Bantuan Tanda Jalan, Bantuan Pemanduan Proaktif, serta Amaran Lintasan Trafik Belakang.


Toyota-LandCruiser-J250-3.jpgToyota-LandCruiser-J250-2.jpg


Land Cruiser J250 spesifikasi AS ini menggunakan trenkuasa hibrid i-Force Max, sama seperti yang terdapat pada trak pikap Toyota Tacoma. Enjin 4 silinder 2.4L ini dipadankan dengan motor elektrik bersepadu yang dikuasakan oleh bateri kecil 1.87-kWh, memberikan output keseluruhan sebanyak 326 hp/630 Nm. 


Sebagai sebuah kenderaan dengan kemampuan untuk menempuhi laluan yang sukar atau off-road, ia dilengkapi sistem pacuan empat roda (AWD) sepenuh masa yang mempunyai penguncian pembeza pusat (centre-locking differential), two-speed transfer case, dan penguncian elektronik pembeza di bahagian belakang (electronic locking rear differential). Untuk memudahkan penyaluran kuasa dari pakej kuasa hibrid tersebut ke sistem AWD ini, transmisi automatik 8-kelajuan digunakan. 


Land Cruiser generasi terkini ini dijadualkan akan tiba di Amerika Utara tahun hadapan dengan harga yang dijangka bermula dari $50,000 ke atas. Bagaimanapun, buat masa ini, Toyota masih belum mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketersediaannya untuk pasaran global. 


Tag:

Land Cruiser
Land Cruiser 2024
Toyota USA
Land Cruiser Genarasi J250
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Toyota Bakal Lancarkan Land Cruiser Elektrik Tak Lama Lagi?

Toyota Bakal Lancarkan Land Cruiser Elektrik Tak Lama Lagi?

Beberapa pendedahan penting dibuat Toyota semasa siaran langsung baru-baru ini.

04-08-2023
Global
Harga Masih Belum Didedahkan

Harga Masih Belum Didedahkan

Toyota Camry kini hadir dalam bentuk hibrid.

16-11-2023
Global
Ini Segala Yang Kita Tahu Tentang Toyota Camry Generasi Seterusnya – Diperkenal 14 Nov Nanti

Ini Segala Yang Kita Tahu Tentang Toyota Camry Generasi Seterusnya – Diperkenal 14 Nov Nanti

Model Toyota Camry generasi terkini (XV70) dijangka menerima peningkatan generasi seterusnya tahun ini di Amerika Syarikat.

10-11-2023
Global
Imej Acah Toyota Land Cruiser Generasi Seterusnya Didedahkan – Kembar GX Untuk Marhaen?

Imej Acah Toyota Land Cruiser Generasi Seterusnya Didedahkan – Kembar GX Untuk Marhaen?

Toyota Land Cruiser bakal menggegarkan pasaran dengan model generasi baharu.

09-07-2023

Berita Terkini

Global
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global
Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global
MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global
Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026