Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda CR-V 2024 Boleh Ditempah Sekarang – Ada Varian Hibrid e:HEV!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Honda-CR-V_-2.jpg


Tempahan bagi Honda CR-V Generasi Ke-6 kini dibuka


Honda Malaysia telah secara rasmi membuka tempahan untuk SUV Comfortable Runabout Vehicle (CR-V) Generasi Ke-6 di kesemua 101 pengedar Honda di seluruh negara, dengan pelancaran yang dijadualkan pada Disember 2023. 


Honda CR-V serba baharu ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu 2.0L e:HEV dan enjin turbo VTEC 1.5L. Bagi trenkuasa e:HEV, Honda menggunakan sistem motor traksi hibrid yang telah ditingkatkan untuk membolehkan kenderaan mencapai kelajuan tertinggi atau V-max yang lebih tinggi, dengan kuasa 181HP (184PS) dan tork 335NM. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi e:CVT. 


web_Honda-CR-V_-6.jpg


Buat pertama kalinya, CR-V ditawarkan dalam versi enjin hibrid e:HEV 


Sementara itu, varian yang menggunakan enjin  turbo VTEC 1.5L pula mencapai kuasa maksimum sehingga 190HP (193PS) dan tork 243NM yang kini memiliki tahap responsif pecutan yang lebih baik. Kuasa disalurkan kepada roda melalui sistem Real Time AWD dan transmisi CVT. 


Secara visual, varian e:HEV RS diberikan sentuhan premium dengan elemen rekaan yang menyerlah seperti gril hadapan yang bercorak mesh, lampu hadapan dan belakang LED penuh, lampu kabus hadapan LED, lampu isyarat membelok LED dengan corak pencahayaan jenis berjujukan dan rim aloi Berlina Black bersaiz 18 inci. 


web_Honda-CR-V_-3.jpg


Salah satu ciri sporty yang ditawarkan pada varian RS, rim bersaiz 18 inci berwarna hitam


Ciri menarik lain pada CR-V e:HEV RS baharu ialah penutup gril aktif yang merupakan pertama bagi model ini, berfungsi untuk meningkatkan aerodinamik dan kecekapan bahan api. Gril yang terletak di bahagian bahaw bampar hadapan dapat mengawal aliran udara secara dan membuka/menutup pelindung secara automatik berdasarkan kelajkuan, suhu enjin dan tahap keperluan penyejukan kenderaan. 


Selain itu, CR-V Serba Baharu ini juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih bagi memudahkan pengguna antaranya, bukaan but belakang automatik dengan ciri Walkaway Close yang mana but akan tertutup sendiri apabila anda bergerak jauh daripada kenderaan. Ciri canggih lain ialah sistem kamera pelbagai arah yang menawarkan pandangan menyeluruh 360 darjah. 



web_Honda-CR-V_-1.jpg

web_Honda-CR-V_-5.jpgweb_Honda-CR-V_-4.jpg



Dari segi keselamatan, sistem Honda SENSING kini telah dikemaskini, menawarkan keseluruhan sembilan fungsi keselamatan, termasuk Adaptive Driving Beam eksklusif untuk varian e:HEV RS.  Teknologi Honda CONNECT turut ditawarkan untuk memudahkan kawalan pelbagai ciri kenderaan di hujung jari. 


Bagi yang berminat dan ingin melihat CR-V Generasi Ke-6 dengan lebih dekat, anda boleh mengunjungi mana-mana pusat pengedaran yang terlibat dalam sesi pratonton eksklusif CR-V. Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh sesi pratonton diadakan:


HONDA-CR-V-PREVIEW-TOUR.png


Selain di pusat pengedaran Honda, tempahan juga boleh dibuat melalui prebook.honda.com.my atau aplikasi HondaTouch. 

Tag:

Honda Malaysia
Honda CR-V 2024
Honda CR-V Generasi Ke-6
Honda CR-V
CR-V
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-07-2026
Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026