- Berita
- Berita Auto
- Jualan Kereta Meningkat Lebih 74K Bulan Lepas

Persatuan Automotif Malaysia mendedahkan jualan kenderaan di negara ini meningkat kepada 74,896 unit pada bulan lepas.
Angka itu menunjukkan jualan kereta meningkat 10 peratus berbanding September 2023 kerana hanya 68,156 unit kereta terjual.
“Dari segi volum, keputusan ini menandakan TIV bulanan kedua tertinggi untuk 2023 dalam rekod.
“Ia juga merupakan kali ketiga tahun ini TIV bulanan telah melebihi 70,000 unit. Setakat ini, TIV bulanan tertinggi dicapai pada Mac 2023 iaitu, pada 78,849 unit,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, pertumbuhan TIV agak kukuh kali ini kerana disumbangkan oleh jualan kenderaan tempatan.
Sementara itu, bagi jumlah pengeluaran insdustri (TPV) pula, sebanyak 74,191 unit dicatatkan pada bulan lepas berbanding 9,133 unit pada September 2023.
Sehubungan itu, MAA menjangkakan jualan kenderaan akan terus mencatatkan pertumbuhan positif seperti mana yang direkodkan pada Oktober lepas.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/