Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kereta Turun 22% Pada Sept 2025, Ada Sebabnya!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan bahawa jualan kenderaan baharu di Malaysia menurun sebanyak 22 peratus pada September 2025 berbanding Ogos lalu (74,479 Unit).

Berdasarkan data yang dikeluarkan, jumlah keseluruhan industri (TIV) bulan itu direkodkan sebanyak 58,490 unit, jauh lebih rendah daripada 74,479 unit yang dicatatkan pada Ogos 2025.

Screenshot-2025-10-21-181538.png

MAA berkata, jualan menurun  daibulan ke bulan itu disebabkan bilangan hari bekerja yang lebih sedikit berikutan kehadiran beberapa cuti umum pada September, termasuk empat hari yang menjejaskan operasi bilik pameran dan proses pendaftaran kenderaan.

"Selain itu, ramai pembeli mengambil sikap 'tunggu dan lihat'  menjelang pembentangan Belanjawan 2026. Tidak kurang juga ramai pembeli menangguhkan keputusan pembelian kenderaan berikutan ketidakpastian mengenai rasionalisasi subsidi petrol yang dijangka diumumkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Bagaimanapun, MAA menjangkakan  jualan kereta akan kembali pulih pada Oktober, dengan momentum dijangka meningkat menjelang hujung tahun.

"Ia susulan daripada pengumuman Belanjawan Negara yang menyatakan tiada lanjutan pengecualian cukai bagi kenderaan elektrik import sepenuhnya (CBU BEV)sekali gus akan meningkatkan permintaan terhadap BEV sehingga akhir tahun.

"Jualan kereta dijangka pulih sepanjang bulan ini disebabkan empen promosi hujung tahun yang dijalankan oleh pengeluar kenderaan," jelasnya.

Gallery

Tag:

Persatuan Automotif Malaysia (MAA)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak

Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak

Jualan kereta Mac 2026 melonjak 21%, industri automotif kembali berdarah panas.

21-04-2026
Berita Auto
Orang Malaysia Suka Beli Kereta, Itu Sebab Jualan Kereta Mencanak Tahun Lepas

Orang Malaysia Suka Beli Kereta, Itu Sebab Jualan Kereta Mencanak Tahun Lepas

Nampaknya, industri automotif Malaysia melakar sejarah apabila mencatatkan prestasi cemerlang pada 2025 dengan jumlah jualan kenderaan (TIV) sebanyak 820,752 unit.

21-01-2026
Berita Auto
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?

Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.

29-12-2025
Berita Auto
Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat

MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.

20-12-2025
EV
Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV

Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV

MAA menggesa kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan, pada hari ini.

06-10-2025
Berita Auto
Jualan Kereta Laku Keras, Lebih 70K Kereta Terjual Pada Bulan Lepas

Jualan Kereta Laku Keras, Lebih 70K Kereta Terjual Pada Bulan Lepas

MAA mendedahkan TIV sektor automotif Malaysia melonjak sebanyak 28 peratus kepada 70,057 unit pada bulan lepas.

20-08-2025
Berita Auto
Harga Kereta  Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad

Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad

Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).

16-07-2025
Berita Auto
MAA: TIV Naik Bulan Lepas Sebab Tempoh Hari Bekerja Yang Tinggi

MAA: TIV Naik Bulan Lepas Sebab Tempoh Hari Bekerja Yang Tinggi

Persatuan Auomotif Malaysia (MAA) mendedahkan Jumlah Volum Industri (TIV) meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada 68,007 unit pada Mei lalu.

18-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Berita Auto
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026
Berita Auto
4 Penunggang RXZ Maut

4 Penunggang RXZ Maut

Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

12-07-2026