Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Kia Carnival CKD, Harga Cukup Rahmah

Suhana Veru

Kongsi melalui

Image-02-(1).jpg

Pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd mengumumkan model pemasangan tempatan (CKD) Kia Carnival versi  11-tempat duduk, kini sudah boleh ditempah.

Apa yang cukup menarik ialah bagi yang membuat tempahan  bermula dari hari ini  hingga 31 Disember 2023, mereka akan menikmati harga pengenalan serendah RM198,500.00  termasuk aksesori.

Bagaimanapun, selepas tempoh itu, harga model CKD ini akan dijual pada harga RM213,888.

Sedikit latar belakang mengenai Kia Carnival CKD ini, ia adalah model ketiga Kia yang  dipasang di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

Image-13.jpg

Kia Carnival generasi keempat ini menawarkan evolusi reka bentuk berdasarkan pendahulunya namun penampilannya dipertingkatkan kerana reka bentuknya saling menghubungkan kesemua identiti kereta Kia.

Menjengah  bahagian dalamannya, ia menerapkan  konsep reka bentuk "Spatial Talents". Ia dicipta pasukan pereka bentuk Kia, yang menyediakan persekitaran yang cukup luas, selesa dan futuristik.

Image-06.jpg

Gabungan inovasi, fleksibiliti dan gaya yang tiada tandingannya pasti akan  memuaskan hati si pemandu dan penumpang. 

Sama seperti pendahulunya Kia Carnival  ini mempunyai ruang yang cukup besar untuk penumpang di semua barisan tempat duduk selain ia turut menerapkan ciri model dan gaya yang diperbaharui.

Menyentuh mengenai tempat duduknya, ia didatangkan dengan kemasan dalaman kulit yang standard iaitu berwarna hitam dan kelabu.

Malah, susun atur tempat duduknya  tidak berubah, termasuk penggayaan hadapan dan masih menggunakan lampu nyalaan siang LED .

Image-05.jpg

Antara senarai kelengkapan lain ialah pintu gelangsar berkuasa,   but kuasa pintar Smart Power Liftgate, kunci pintar dengan fungsi buka/tutup satu butang untuk pintu gelangsar belakang dan but belakang, sistem infotainmen skrin sesentuh 12.3-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

image.pngimage.png

Terdapat juga pengecas wayarles, sambungan Bluetooth dan tujuh port pengecas.

Image-10.jpg

Kia Carnival ini juga dilihat sarat dengan ciri-ciri keselamatan kerana  ia diberikan tujuh beg udara,( bahagian hadapan, tempat duduk penumpang, lutut pemandu, sisi dan tirai).

Tidak terkecuali Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaamn (TCS), Kawalan Brek pelbagai-pelanggaran (MCB), Isofix dan Bantuan Mula Mendaki (HAC)

Image-12.jpg

Jentera ini juga dilengkapi dengan Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW) dan juga Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)

image.pngimage.png

Mengenai trenkuasanya pula,  ia masih lagi mengekalkan penggunaan nadi diesel turbo 2.2 liter yang mampu menjana kuasa setakat 199 hp @ 3,800 rpm dan daya kilas 440 Nm @ 1,750-2,750 rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan fungsi penukar elektronik (E-Shift).

Terdapat empat warna yang ditawarkan termasuklah Astra Blue, Snow White Pearl, Meteor Gray dan  Jet Black.

image.pngimage.png

Ia didatangkan dengan waranti Pengeluar 5 Tahun dengan tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana dahulu. 

Ia juga didatangkan dengan Penyelenggaraan Berjadual Percuma 5 Tahun, dengan tempoh perlindungan sehingga lima tahun dan had perbatuan 100,000km (yang mana terdahulu).

Untuk makluman anda, Kia Carnival 11 tempat duduk ini akan dipamerkan pada  Bermaz Auto Showcase yang sedang berlangsung di Centre Court, Pavilion Bukit Jalil bermula pukul 10 pagi hingga hingga 10 malam.

Pameran ini akan akan berakhir pada Ahad ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan Kia Carnival jika sudah lama jatuh cinta dengan MPV ini. Lagipun, sepanjang dua bulan ini, harga pengenalannya cukup rahmah.

Apa pula pandangan anda?

Jangan lupa kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Tag:

Kia Carnival CKD
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-10-2024
Kereta Baru

01-11-2023
Berita Auto

28-11-2025
Pandu Uji

08-02-2025
Pandu Uji

14-01-2025
Berita Auto

20-11-2024
Kereta Baru

20-11-2024
Berita Auto

15-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026