Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Maxus MIFA 9: Ada 2 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Weststar Maxus melancarkan secara rasminya MPV EV pertamanya, Weststar Maxus MIFA 9 untuk pasaran tempatan.

Maxus MIFA 9 yang merupakan model yang diimport sepenuhnya dari China (CBU) hadir dalam dua varian.

Varian Luxury dijual pada harga RM269,888 manakala Premium ( RM289,888).

Kedua-duanya varian ini ditawarkan dalam enam pilihan cat di bahagian luaran dan turut berkongsi beberapa ciri-ciri lain namun ia cuma berbeza sedikit.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah 100 pemilik pertama Weststar Maxus MIFA 9  bakal menerima Pengecas AC 22kWj secara percuma.

Dari segi saiz, Maxus MIFA 9 sepanjang 5,270mm, selebar 2,000mm dan setinggi 1,840mm (tinggi) manakala  jarak roda pula 3,200mm.

MPV tujuh tempat duduk ini hadir dengan susunan kerusi 2-2-3 manakala barisan kedua menawarkan kerusi jenis kapten.

Kerusi MPV ini hadir dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan, urutan dan fungsi Ottoman.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah pintu gelangsar dan pintu belakang jenis berkuasa.

Beralih ke trenkuasanya pula, kedua-dua varian Maxus MIFA 9 ini disumbat dengan motor elektrik yang dipasang di hadapan.

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 241hp dan 350Nm tork dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 9.2 saat.

Menerusi bateri litium-ion ternary berkapasiti 90kWj, ia boleh bergerak sejauh 540km berdasarkan piawaian NEDC.

image.pngimage.png

Mengenai pengecasan pula, baterinya boleh dicas dengan penuh dalam masa 8.5 jam dengan input AC maksimum 11kW, atau dicas daripada 30-80 peratus dalam masa 36 minit dengan pengecas pantas DC 120 kW.

Seperti yang dikatakan tadi, kedua-dua varian terbabit ada sedikit perbezaan.

Misalnya, varian Luxury seberat 2,410 kilogram dan Premium (2,535 kg).

image.png

Sebaliknya, kedua-dua varian ini  berkongsi banyak ciri biasa seperti tempat duduk baris kedua yang mewah serta pintu gelangsar berkuasa dan pintu belakang berkuasa.

Antara ciri yang sama ialah lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED, bumbung panoramik, pencahayaan ambien 64 warna, rim aloi 19 inci, sistem kemasukan tanpa kunci serta kawalan iklim berautomatik.

Perincian lain termasuklah brek parkir elektronik dengan fungsi auto hold, skrin digital 7-inci, sistem infotainmen skrin sentuh 12.3-inci dengan sokongan Android Auto/Apple CarPlay dan pengecas telefon tanpa wayar.

Varian Luxury didatangkan dengan upholsteri fabrik manakala Premium pula upholsteri kulit dan Premium juga ditambahkan dengan meja boleh lipat di barisan kedua serta terdapat panel kawalan sentuh, kerusi hadapan ada fungsi pemanasan dan pengudaraan.

image.pngimage.png

Dari segi ciri-ciri keselamatan pula, kedua-dua varian ini berkongsi ciri keselamatan yang sama seperti beg udara hadapan, sisi,  tirai. Sistem Brek Anti Kunci, Bantuan Brek, kamera parkir 360 darjah, sensor parkir depan, belakang dan sistem pemantau tekanan tayar.

Tidak ketinggalan, sistem ADAS yang terdiri daripada kawalan pelayaran adaptif, , brek kecemasan autonomi depan dan belakang, bantuan pertukaran lorong, amaran keluar lorong, bantuan kekal lorong, pemantauan pemandu dan amaran perlanggaran belakang.

Apa pula pandangan anda mengenai Maxus MIFA 9?

Gallery

Tag:

Maxus MIFA 9
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026