Link Copiedcheck_circle
EV

Benar Atau Tidak, Tunggu Pengumuman Rasmi Musk

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Musk (kiri) dan Modi.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk sudah memberi bayangan bahawa model popular itu akan menembusi pasaran India dalam tempoh terdekat ini.

Menurut bilionair itu, Tesla berkemungkinan besar akan masuk ke India selepas beliau bertemu dengan  Perdana Menteri India, Narendra Modi di Bandar Raya New York City, Amerika Syarikat pada Jun lalu.

Malah, portal berita Ahmedabad Mirror melaporkan semalam bahawa Tesla sedang bersiap sedia untuk mengumumkan mengenai penubuhan fasiliti Giga Factory di Gujarat.

Giga Factory merupakan satu terma yang diperkenalkan oleh Tesla pada tahun 2013. Giga membawa maksud Giant (raksasa) dan bagi Tesla ia merupakan satu terma umum bagi menggambarkan keupayaan fasiliti pembuatan mereka dalam menghasilkan kereta berkuasa elektrik dan juga bateri dalam satu fasiliti.

Pengumuman rasmi itu dijangka akan dibuat semasa Sidang Kemuncak Vibrant Gujarat pada Januari depan.

Persidangan itu akan turut disertai Musk.


image.png

Gigafactory Tesla di Nevada.

Gujarat dipilih kerana lokasinya yang strategik dan persekitaran perniagaan yang cukup memberangsangkan.

Tambah laporan itu, kesediaan kerajaan pusat untuk membuat konsesi bagi memudahkan kemasukan Tesla ke pasaran India dengan mengurangkan halangan kawal selia.

image.png

Tesla Model Y.


Sekiranya rancangan itu menjadi kenyataan, maka kehadiran Tesla di Gujarat akan menambahkan satu lagi pencapaian kepada pencapaian negeri. 

Ini kerana India sudah menempatkan beberapa pemain automotif lain seperti Maruti Suzuki, Tata, dan MG milik SAIC.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Musk dan Modi nanti. 

Gallery

Tag:

Tesla
Elon Musk
Narendra Modi
Tesla Gigafactory
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
EV

Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa

Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.

13-08-2025
EV

Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Tesla terus mengalami kemerosotan yang ketara di pasaran Eropah apabila Volkswagen Group (VW Group) berjaya mengatasi jenama EV Amerika itu dengan margin yang besar.

10-07-2025
EV

Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun

Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi.

30-05-2025
EV

Model Y Juniper 2025: Baru Dilancar Tapi Pra-Tempahan Sudah Cecah 200,000 Unit

Walaupun Tesla berdepan dengan seruan boikot, itu tidak menghalang rakyat China daripada terus menempah Model Y Juniper 2025.

11-03-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj

Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall.

25-02-2025

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026