Link Copiedcheck_circle
EV

Ingin Ke Thailand Dengan EV? Pengecas DC Kini Di Pintu Masuk Kedah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Starbucks-Changlun-(5).jpg


Pengecas DCFC kini disediakan di Starbucks Changlun


Tahun 2023 hampir melabuhkan tirainya, syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) nampaknya semakin aktif memperluaskan rangkaian pengecasan masing-masing, terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti destinasi pelancongan dan di sepanjang lebuh raya.


Beberapa hari yang lepas, kami telah melaporkan pembukaan stesen pengecas pantas DCFC pertama di Perlis oleh ChargEV di Starbucks Kangar Jaya. Kali ini, lokasi terbaru ChargEV terletak di  Starbucks Changlun.


Starbucks-Changlun-(4).jpg


Stesen DCFC Starbucks Changlun dilengkapi dengan unit pengecas pantas 60 kW


Lokasi terbaru ini dapat memudahkan pelancong yang memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah. Sebelum ini, lokasi pengecas EV Starbucks terdekat hanyalah di Amanjaya, Sungai Petani Kedah yang terletak kira-kira 93 KM dari sini. 


Stesen DCFC Starbucks Changlun dilengkapi dengan unit pengecas pantas 60 kW dengan dua ruang pengecasan EV (EVCB).  Caj yang dikenakan untuk pengecasan di fasiliti ini sama seperti pengecas ChargEV lain iaitu RM1.20/kWh.


Seperti yang kami dedahkan sebelum ini, ChargEV dan Starbucks menjalinkan kerjasama untuk menyediakan stesen pengecas EV di cawangan Starbucks. Kerjasama ini bermula pada Oktober 2022 dengan pelancaran  stesen pengecas pertama ChargEV di Starbucks Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.


Starbucks-Changlun-(5)s.jpg


Maklumat stesen yang dipaparkan aplikasi PlugShare


Kerjasama ini selaras dengan komitmen rangkaian kopi terkenal ini untuk mengurangkan jejak karbon sehingga 50% menjelang tahun 2030. Bagi mencapai matlamat ini, Starbucks berusaha untuk menyediakan stesen pengecas EV di cawangan pandu lalu dalam jarak 150 KM antara satu sama lain. 


Starbucks-Changlun-(1).jpg


Maklumat stesen yang dipaparkan aplikasi ChargEV


Setakat ini, ChargEV telah menyediakan sejumlah 31 stesen pengecas di pelbagai lokasi Starbucks di seluruh negara.

Tag:

ChargEV Starbucks
ChargEV Kedah
Pengecas EV Malaysia
Sempadan Thailand
Pengecas EV Changlun
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Terkini

EV

Jangan Terkejut EV Proton, Perodua Bakal Kuasai Pasaran BEV Tahun Ini

Jenama automotif nasional dijangka menguasai bahagian pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) yang lebih besar bermula tahun ini.

09-01-2026
EV
EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026