Link Copiedcheck_circle
EV

Huawei Aito M9 Hanya Ada Di China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebelum melabuhkan tirai 2023,  syarikat gergasi teknologi, Huawei mendedahkan SUV perdana terbaharunya yang dikenali sebagai Aito M9. 

image.png

Bagi mereka yang tidak biasa dengan Aito, jenama EV baharu ini adalah hasil kerjasama Huawei dengan Seres.

Seres dikatakan bertanggungjawab dalam segala urusan  pengeluaran dan pembuatan kenderaan, manakala Huawei bertanggungjawab membekalkan alat ganti dan perisian penting untuk  kereta itu.

Aito M9 didatangkan dalam4 varian iaitu: 

EREV Max (RM303,474)

EV Max (RM329,312)

EREV Ultra (RM342,231)

EV Ultra (RM368,070)

 Melihat bahagian luarannya, penggayaan di hadapannya hampir serupa dengan Luxeed S7 Huawei dengan lampu hadapan berteknologi tinggi dimana unit pencahayaannya menampilkan teknologi LED matriks adaptif.

Selain itu, terdapat bar lampu penuh yang menghubungkan kedua-dua lampu depan manakala lampu belakangnya pula jenis LED selain didatangkan dengan bumbung kaca panaromik.

Ia yang menggunakan rim aloi 22 inci turut dipasang dengan  logo HIMA, yang bermaksud Harmony Intelligent Mobility Alliance yang menunjukkan inisiatif antara Huawei dengan Aito, Luxeed, BAIC Motor dan JAC Motor.

image.png

Jika melihat pada sisi sahaja, ia sudah menggambarkan betapa besarnya jentera itu.

Melangkah masuk ke dalam kabinnya, ia sudah menggambarkan keluasan Aito M9 ini.

Aito M9 menawarkan susun atur tiga barisan. 

image.pngimage.png

Ini bermakna terdapat enam tempat duduk dengan konfigurasi 2-2-2, dengan kesemuanya menampilkan fungsi pemanasan dan pengudaraan.

Kesemua tempat duduknya dibaluti dengan upholsteri kulit Nappa yang cukup mewah.

Bagaimanapun, barisan kedua, kerusinya boleh direbahkan dimana penumpangnya boleh berehat sambil melunjurkan kaki menggunakan perehat kaki Ottoman.

Sebaliknya, fungsi urutan hanya dikhaskan untuk dua tempat duduk hadapan.

Antara kemudahan lain yang terdapat pada jentera ini ialah awalan iklim tiga zon, penapis kabin N95 dengan pemantauan kualiti udara PM2.5, sistem audio premium 25 pembesar suara 2080 watt.

Apa yang cukup menarik ialah panel besar bersaiz 32 inci yang boleh ditarik balik, dimana penumpang belakang boleh menonton televisyen.

image.pngimage.png

Terdapat juga  panel instrumen digital 12.3 inci, skrin sesentuh infotainmen 15.6 inci di tengah serta skrin sesentuh 16 inci untuk penumpang hadapan. 

Pemandu juga dilengkapi dengan head-up display 75 inci dengan augmented reality varian UItra, manakala setiap empat penumpang di belakang disediakan dengan skrin sesentuh jenis tablet sendiri.

Dari segi trenkuasanya pula,   Huawei Aito M9 ditawarkan dalam dua versi iaitu: model EV biasa dan versi EV  range extender (REEV).

Varian BEV dikuasakan dengan dua motor elektrik dimana ia boleh menghasilkan kuasa  pada 523 hp (390 kW) dan 673 Nm.

Sementara itu varian EV didatangkan dengan tetapan dua motor serta pacuan empat roda.

Motor yang berada di hadapan mampu menghasilkan 218 PS (215 hp atau 160 kW) dan 277 Nm, sementara motor yang di belakang pula menghasilkan 313 PS (308 hp atau 230 kW) dan 396 Nm.

Laju maksimum varian EV adalah sama seperti EREV, tetapi masa pecutan 0-100 km/j adalah lebih pantas, iaitu 4.3 saat namun had kelajuan dihadkan kepada 200 km/j.

image.png

Varian REEV pula menggunakan enjin 1.5 liter dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 489 hp (365 kW) dan 675 Nm.

Varian ini boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam  4.9 saat berbanding versi EV.

image.png

Walaupun kedua-dua varian menyokong pengecasan AC pada 11 kW, pek model EV boleh dicas daripada 30% hingga 80% dalam masa 15 minit sahaja, manakala model REEV menerima bateri dari 20% hingga 80% dalam masa 30 minit, 

Apa yang cukup malang ialah tiada sebarang rancangan untuk mengeksport M9 ke pasaran antarabangsa yang lain.

Gallery

Tag:

Huawei EV
Huawei Aito M9
Huawei Technologies
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Huawei Bakal Keluarkan Pengecas EV Guna Robot Secara Besar-Besaran

Huawei Bakal Keluarkan Pengecas EV Guna Robot Secara Besar-Besaran

Huawei kini tampil dengan teknologi canggih terbaru dalam dunia pengecasan kenderaan elektrik (EV) dengan memperkenalkan sistem pengecasan automatik sepenuhnya.

22-01-2025
EV
Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV

Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV

Tiga pihak kerjasama untuk membangunkan stesen pengecas EV.

30-05-2024

Berita Terkini

EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026