Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isi Minyak Di Petron, Rebut Peluang Melancong Ke Korea

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-2-(6).JPG

Kempen Pam dan Menang Jom Jalan-Jalan kini kembali dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea (KTO) Malaysia serta ONE TV Asia.

Bermula 1 Disember lalu hingga 29 Februari 2024, pelanggan Petron Miles (P-Miles) berpeluang memenangi percutian percuma ke Korea Selatan melalui Jom Jalan-Jalan Seoul.

Ini bermakna, impian untuk menyaksikan K-Pop atau K-Drama akan menjadi kenyataan!

Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek turut mengakui fenomena ‘Hallyu’ telah menjadi gelombang dunia.

“Hari ini, Korea telah menjadi salah satu destinasi pelancongan utama untuk rakyat Malaysia.  

"Kerjasama ini adalah bertepatan kerana kami berhasrat untuk memberi ganjaran kepada pelanggan menerusi pendedahan kepada pengalaman budaya yang memperkaya, lawatan ke lokasi pelancongan yang menarik, termasuk menikmati hidangan kulinari terbaik dan mengadakan lawatan eksklusif ke studio TV. 

“Pengalaman ini seiring dengan DNA jenama kami iaitu mendahulukan kegembiraan pelanggan, mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan yang cemerlang serta menjalinkan hubungan jangka panjang yang bermanfaat kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Photo-1-(6).JPG

Untuk makluman anda, Kempen Jom Jalan-Jalan yang pertama telah dilancarkan pada tahun 2021 dengan kerjasama Tourism Malaysia, untuk menawarkan pelanggan setia Petron dengan pakej percutian menarik di Malaysia akibat pandemik.

Tidak lama kemudian, program itu diteruskan melalui kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Türkiye pada tahun 2022, untuk memberi peluang kepada pelanggan memenangi pakej percutian yang menakjubkan ke Türkiye melalui Turkish Airlines. 

Tahun ini, Jom Jalan-Jalan Seoul; menyasarkan untuk menyerahkan hadih menarik bernilai RM250,000 sepanjang tiga bulan ini kepada  62 pemenang bertuah.

Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad P-Miles dan boleh disertai di lebih 770 stesen minyak Petron di seluruh negara. 

Photo-3-(3).JPG

Dengan pembelian petrol minimum RM50, pemegang kad P- Miles akan mendapat satu penyertaan, manakala pengguna aplikasi mudah alih P-Miles 2 akan mendapat penyertaan lima (5) kali ganda. 

Petron juga bekerjasama dengan Malaysian Airlines untuk menyediakan dua (2) penyertaan bagi setiap penukaran mata ganjaran Enrich Miles sepanjang tempoh kempen.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut, layari www.petronmiles.com.my .


Tag:

Petron
Jom Jalan-Jalan Turkiye
PlusMiles
enrich miles
Malaysian Airlines
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Petron Catat Untung Bersih 3 Kali Ganda Walaupun Harga Minyak Menjunam

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mengekalkan prestasi kewangan kukuh pada suku kedua 2025.

21-08-2025
Berita Auto

Petron Rinching Kumpul E-Sisa Secara Pandu Lalu

Petron Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada Sabtu lalu, telah melancarkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik & Elektronik (e-sisa).

24-06-2024
Berita Auto

Petron Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri

Petron Malaysia berkolaborasi dengan PDRM, JPJ, Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh dan snskidz untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

04-04-2024
Berita Auto

Kini Pengguna BHPetrol & Petron Boleh Guna E-Dompet TrueMoney – Cepat & Mudah!

BHPetrol dan Petron kini menjalankan kerjasama dengan platform pembayaran digital terkemuka.

06-11-2023
Berita Auto

Selamatkan Diri Di Petron – Pekerja Terlatih, Ada Sudut Bantuan Keselamatan

26 pengusaha stesen minyak Petron menerima penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas penglibatan mereka dalam program Go-To-Safety-Point (GTSP).

31-10-2023
Berita Auto

Peluang Bercuti Selama 8 Hari Di Türkiye Untuk Pelanggan Petron! Ini Caranya...

Petron Malaysia kini bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Turkiye menjalankan kempen “Jom Jalan-Jalan Türkiye."

18-12-2022
Berita Auto

Kakitangan & Pengusaha Stesen Minyak Petron Turun Padang, Bersihkan Stesen Yang Dinaiki Banjir

Petron mengadakan kutipan derma melalui VIA untuk menghantar bantuan ke kawasan yang terjejas.

27-01-2022
Berita Auto

Peluang Bercuti Selama 8 Hari Di Türkiye Untuk Pelanggan Petron! Ini Caranya...

Petron Malaysia kini bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Turkiye menjalankan kempen “Jom Jalan-Jalan Türkiye."

18-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026