Link Copiedcheck_circle
EV

Jarak Gerak EV Bukan Masalah Besar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pasangan suami isteri itu berjaya melakukan kembara yang cukup mencabar.

Sepasang suami isteri mencipta sejarah apabila menggunakan Nissan Ariya elektrik untuk melengkapkan kembara mereka dari kutub utara ke kutub selatan 

Pengeluar kereta Jepun itu mengesahkan pencapaian pasangan itu menerusi akhbar rasmi pada minggu ini.

Pasangan itu, Chris dan Julie Ramsey berkata, mereka mengambil masa selama 10 bulan untuk menyempurnakan penggembaraan sejauh lebih 30,000 kilometer.

“Saya sentiasa mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan menakjubkan kenderaan elektrik, dan saya tahu Nissan Ariya kami membuktikan perkara itu, “ kata Chris.

Sementara itu, Ramsey pula berkata:

"Selagi tempat destinasi mempunyai bekalan elektrik dan soket kuasa yang bersesuaian, kami boleh gunakannya untuk mengecas," katanya.

image.png

Pasangan itu membuktikan keupayaan Nissan Ariya.

Mereka merancang untuk melakukan pengembaraan tersebut pada tahun 2017, selepas menamatkan perjalanan sejauh 10,000 km di dalam Nissan LEAF.

Namun,  Nissan Ariya elektrik yang digunakan itu sebenarnya sudah diubahsuai secara ekstrem.

image.png

Nissan Ariya tanpa sebarang pengubahsuaian.

Ini termasuk menggunakan sistem gantungan yang lebih tinggi, serta tayar BF Goodrich 39 inci yang agak besar dan lebar itu.

Ada juga pengubahan lain yang dilakukan namun tidak dinyatakan dengan terperinci tetapi pengubahsuaian itu dilakukan bagi membolehkannya ia bertahan dalam keadaan suhu di bawah sifar.

Selain itu, tiada sebarang pengubahsuaian dibuat terhadap sistem pacuan atau bateri.

image.png

Sedikit butiran mengenai Nissan Ariya, versi asas Nissan Ariya  hadir dengan konfigurasi pacuan roda belakang dan pek bateri 65 kWh dengan angka output keseluruhan 215 hp dan 300 Nm.

Terdapat juga versi tertinggi AWD yang hadir dengan pek bateri 90 kWh dengan angka output 389 hp/600 Nm. Versi ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 5.1 saat sahaja dan jarak operasi sejauh 580 km untuk sekali caj penuh

Gallery

Tag:

Nissan Ariya
2023 Nissan Leaf
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Ini Dia Nissan Ariya Facelift 2026 – Lebih Moden & Canggih

Nissan baru-baru ini telah mendedahkan imej Nissan Ariya facelift yang akan membuat kemunculan rasmi buat pertama kali di Tokyo Mobility Show pada 30 Oktober nanti.

14-10-2025
EV

Nissan Bakal Perkenal 30 Model Baharu Menjelang 2026!

Nissan menyasarkan untuk menghasilkan kenderaan elektrik (EV) yang dapat dijual pada harga yang sama seperti kenderaan enjin pembakaran (ICE) menjelang tahun 2030.

26-03-2024
EV

EV Nissan Ariya Dikesan Di Malaysia – Bila ETCM Akan Lancarkannya Secara Rasmi?

Nissan Ariya SUV hibrid elektrik telah dikesan sekali lagi di Malaysia, kali ini di pusat bandar Kuala Lumpur.

06-04-2023
EV

Foto Intipan EV Nissan Ariya! Kelibat Di Segambut

Nissan Ariya dikesan di Segambut sedang diangkut ke sebuah lokasi menggunakan treler.

05-08-2022
Berita Auto

Nissan Bakal Dirikan Kilang Berteknologi Canggih

Nissan Motor Co telah mengadakan perancangan untuk membina sebuah kilang bernilai 130 bilion yen (kira-kira RM 4.2 bilion) yang akan digunakan untuk mengeluarkan kenderaan elektrik.

17-11-2021
Berita Auto

Fuh, Canggih & Cun Betul Sistem Kawalan Nissan Ariya!

Ariya, model crossover elektrik terkini Nissan, hadir dengan sistem kawalan dengan teknologi yang inovatif.

17-09-2021
Kereta Baru

Nissan Leaf Dilancar, Harga RM168,888, Ada Program Langganan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) secara rasminya melancarkan Nissan Leaf facelift 2023 ke pasaran Malaysia sebentar tadi.

10-03-2023

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026