Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo Tamatkan Pengeluaran Kenderaan Diesel pada 2024

Suhana Veru

Kongsi melalui

snip-1.jpg

Volvo Cars tidak mahu mengeluarkan model diesel.

Volvo Cars mengesahkan bahawa pihaknya akan menamatkan pengeluaran untuk semua model kereta Volvo berkuasa diesel menjelang tahun 2024 sempena Minggu Iklim NYC (Climate Week NYC).

Ini bermakna beberapa minggu dari sekarang, kereta Volvo berkuasa diesel yang terakhir akan dibina sekali gus  menjadikan Volvo Cars sebagai salah satu pembuat kereta legasi pertama yang mengambil  langkah tersebut.

Keputusan menamatkan pengeluaran diesel itu diambil pada  tahun lepas.

Screenshot-2023-12-19-155516.png

Volvo mahu mengeluarkan lebih banyak EV.

Pada November 2022, syarikat tersebut telah menjual pegangan mereka dalam Aurobay, syarikat usaha sama yang menyimpan semua baki aset enjin pembakaran mereka. 

Sejak itu, Volvo Cars tidak lagi membelanjakan satu krona daripada bajet R&D mereka untuk membangunkan enjin pembakaran dalaman yang baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Volvo Cars, Jim Rowan mengakui terdapat banyak kelebihan pada EV.

image.png

JIM ROWAN.

“Lagipun, rangkaian kuasa elektrik adalah masa depan kami, dan ia lebih baik daripada enjin pembakaran.

“Penggunaan EV mengurangkan bunyi, mengurangkan getaran, dan juga mengurangkan kos servis untuk pelanggan serta mengurangkan pelepasan karbon,”  katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya memberikan tumpuan penuh untuk mencipta portfolio yang terdiri daripada kereta elektrik premium dan elektrik sepenuhnya seperti mana yang diharapkan pelanggan.

“Langkah itu dilihat penting dalam tindak balas kami terhadap perubahan iklim,” tambahnya.

Apapun, keputusan untuk menghentikan diesel dengan sepenuhnya menjelang awal 2024 menggambarkan betapa cepatnya industri kereta dan permintaan pelanggan berubah dalammenghadapi krisis iklim.

Screenshot-2023-12-19-160151.png

Volvo C40.

“Hanya empat tahun yang lalu, enjin diesel merupakan elemen terpenting buat Volvo Car bukan sahaja buat kami di Eropah, malah juga pembuat kereta lain. M

“Kebanyakan kereta yang dijual di benua itu pada 2019 dikuasakan oleh enjin diesel, manakala model-model elektrik baru sahaja mula menonjol.

“Trend itu sebahagian besarnya telah berubah sejak itu dan ia didorong oleh permintaan pasaran yang berlainan, peraturan pelepasan yang lebih ketat serta tumpuan kami pada elektrifikasi.

Buat masa ini, jualan Volvo Cars di Eropah kini terdiri daripada kereta elektrik, sama ada dengan penjana kuasa hibrid elektrik sepenuhnya atau separuh elektrik.

Gallery

Tag:

Volvo XC40
Volvo plug-in hybrid
Volvo C40 Recharge Pure Electric
Volvo Cars
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Volvo Catat Rekod Jualan Global Terbaru, Lebih 708K Terjual! Ini Dia Model Yang Terlaris...

Volvo Catat Rekod Jualan Global Terbaru, Lebih 708K Terjual! Ini Dia Model Yang Terlaris...

Jenama automotif Sweden, Volvo, telah mencatatkan rekod jualan terbaru.

09-01-2024
Pandu Uji
Mana Pilihan Anda? XC40 Recharge Atau C40?

Mana Pilihan Anda? XC40 Recharge Atau C40?

Pandu Uji: SUV tanpa emisi, jenama Volvo bukan calang-calang.

02-06-2023
Berita Auto
WOW! Volvo XC90 Paling Selamat Sebab Diiktiraf IIHS

WOW! Volvo XC90 Paling Selamat Sebab Diiktiraf IIHS

SUV mewah saiz sederhana Volvo XC90 telah memenangi anugerah TOP SAFETY PICK+ 2023.

03-03-2023
Pandu Uji
Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2022  - EV Pertama Volvo

Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2022 - EV Pertama Volvo

Volvo Car Malaysia memberi peluang kepada semua media untuk menguji pemanduan model EV pertama mereka.

23-03-2022
Berita Auto
Volvo Cars Mengumumkan Jualan Global  56,883 Unit Kenderaan Pada Julai

Volvo Cars Mengumumkan Jualan Global 56,883 Unit Kenderaan Pada Julai

Volvo Car mengumumkan jualan global sebanyak 56,883 kereta pada bulan Julai, namun momentum jualan dilihat merosot.

20-08-2021
Berita Auto
Volvo C40 Recharge Cas 40 Minit Dapat 420KM! Banyak Lagi Ciri Menarik Yang Anda Perlu Tahu!

Volvo C40 Recharge Cas 40 Minit Dapat 420KM! Banyak Lagi Ciri Menarik Yang Anda Perlu Tahu!

Volvo Cars telah memperkenalkan model kereta EV, C40 Recharge.

07-04-2021
Kereta Baru
XC40 Recharge T5 R-Design Dilancarkan

XC40 Recharge T5 R-Design Dilancarkan

Ia kini sudah mula dipamerkan di sebuah pengedar Volvo.

25-02-2021
Global
Pengeluaran Volvo S60 Dihentikan Di AS Bulan Ini, Tak Selaris Pesaing Lain

Pengeluaran Volvo S60 Dihentikan Di AS Bulan Ini, Tak Selaris Pesaing Lain

Sedan Volvo S60 tidak lagi dikeluarkan di Amerika Syarikat.

18-06-2024

Berita Terkini

EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026