Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mazda 2 Sudah Boleh Ditempah: Harga RM108,670

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Mazda CX-3,  Bermaz Motor turut mengumumkan ketibaan barisan model terbaharunya Mazda 2.

Mazda 2 yang merupakan versi import sepenuhnya (CBU) dari Thailand didatangkan dalam dua varian iaitu sedan dan Hatchback.

Ia ditawarkan pada harga bermula dari RM108, 670.

image.pngimage.png

Difahamkan, Mazda 2 ini diilhamkan oleh tema reka bentuk Evolved Kodo: Soul of Motion yang menawarkan reka bentuk yang cukup menyakinkan, bergaya dan berkualiti.

Menjengah bahagian hadapannya, reka bentuk gril didatangkan dengan signatur Mazda menonjolkan ciri elegan,  berani dan pada masa sama ia menawarkan penampilan yang cukup sporty serta berjiwa muda.

Bermaz Motor dalam satu kenyataan berkata, Mazda 2 ini telah dikemaskini bagi membuatkannya ia kelihatan lebih menonjol dan segar manakala ruang kabin juga agak serba baru.

Selain gril sarang lebah berwarna hitam, ia juga didatangkan rim aloi bersaiz 16 inci yang sebenarnya meningkatkan lagi penampilannya.

Malah, ia juga dilengkapi dengan lampu depan automatik, wiper cermin depan dengan pengesan air hujan manakala cermin pandang belakangnya juga boleh dilipat secara automatik.

image.png

Dari segi ciri-ciri dalamananya dan ketersambungannya, Mazda 2 dilengkapi dengan dengan cermin pandang belakang yang mampu mengurangkan silauan secara automatikdari kenderaan di belakang, dan terdapat juga ciri kawalan pelayaran , yang membolehkan pemandu mengekalkan kelajuan tetap tanpa menggunakan pedal akselerator.

Kemasan papan pemukanya kini berwarna hitam  manakala tempat duduknya juga menampilkan kemasan material kulit berwarna hitam dan suede dengan jahitan berwarna merah.

image.png

Spesifikasi Mazda2 1.5L High Sedan dan Hatchback juga kekal tidak berubah, termasuk lampu depan LED, ada sambungan  Apple Carplay dan Android Auto yang dapat diakses melalui Sistem Infotainmen 7 inci, serta sistem bantuan pemandu i-Activsense yang canggih.

Ia didatangkan warna  termasuk Snowflake White Pearl, Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Polymetal Gray (hanya varian Hatchback) dan warna baru yang ditambahkan AirStream Blue (hanya varian Hatchback) dan warna baru Aero Gray (hanya varian Sedan), menjadikan jumlah keseluruhan enam warna yang tersedia.

image.png

Bagi yang berminat, Mazda 2 sudah dibuka untuk tempahan dan ia didatangkan dengan Jaminan Pengeluar selama 5 tahun dan Penyelenggaraan Percuma selama 5 tahun (kecuali BT-50) mengikut piawaian pengeluar, termasuk upah, alat ganti dan pelincir.

Kedua-dua Jaminan Pengeluar dan Penyelenggaraan Percuma mempunyai tempoh jaminan selama lima tahun dan jarak tempuh 100,000km, yang mana lebih dahulu.

SPESIFIAKSI MAZDA 2


WARNA BADAN

MAZDA2

Soul Red Crystal 

Platinum Quartz

Snowflake White Pearl

Polymetal Gray
(Hatchback Variant only)

Airstream Blue

(Hatchback Variant only)

Aero Gray

(Sedan Variant only)

 

HARGA MAZDA 2

VARIANT

MAZDA2

MAZDA2 1.5L SEDAN / HATCHBACK

RM 108,670.00

MAZDA2 1.5L SEDAN / HATCHBACK

(SOUL RED CRYSTAL ONLY)

RM 109,170.00

 

 


Gallery

Tag:

Bermaz Auto
2023 Mazda 2 Sedan
2023 Mazda 2 Hatchback
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Xpeng Berminat Jadikan Malaysia Hab AI & Teknologi – Keupayaan Semikonduktor Negara Jadi Tumpuan

Xpeng Inc berusaha memperkukuhkan komitmennya di Malaysia, dengan sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pintar Asia Tenggara.

31-10-2025
Berita Auto

Mazda3 Concept 2025 Didedahkan – Gaya & Prestasi Agresif

Bermaz Auto (BAuto) memperkenalkan Mazda3 Concept, model prototaip yang dibangunkan oleh MazdaSports.

10-04-2025
EV

XPeng G6 Kini Dengan Diskaun RM5,000 Atau Pengecas Wallbox Percuma

Bermaz XPeng (BAuto) kini menawarkan promosi eksklusif untuk pembelian XPeng G6 dalam tempoh terhad dan selagi stok masih ada.

12-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
EV

SUV Elektrik Deepal S07 Raih NCAP 5 Bintang – Pelancaran Di Malaysia Tak Lama Lagi

Model SUV elektrik Deepal S07 yang bakal dilancarkan pada suku kedua tahun ini oleh Bermaz Auto, telah menerima penarafan keselamatan 5 bintang.

31-01-2025
EV

Bermaz Dedah MPV Elektrik, Xpeng X9, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Bermaz Xpeng (BAuto) menayangkan EV MPV mewah mereka, Xpeng X9 kepada media semalam.

24-01-2025
Pandu Uji

Kia Carnival, Sorento: Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat

Inginkan kereta tiga barisan tempat duduk dengan penggayaan dan teknologi canggih? Maka Kia Carnival dan Sorento generasi terkini sudah boleh dipertimbangkan.

07-06-2024
EV

SUV Elektrik Inspirasi Sains Fiksyen, XPeng G6, Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Kita boleh menjangkakan beberapa EV daripada XPeng untuk tiba di negara kita. Mungkin ini salah satunya...

18-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026