Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Kia Carnival, Sorento: Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat

Suhana Veru

7-6-2024

Kongsi melalui

image.pngimage.png

Jika anda membaca artikel ini, kemungkinan besar anda seorang lelaki keluarga yang mempunyai  lebih tiga anak-anak  dan sedang mencari kereta yang boleh memuatkan keluarga anda.

Atau pun, anda mungkin juga sedang mencari kereta yang boleh digunakan untuk urusan harian dan pada masa yang sama mahu kereta yang jenis bergaya, boleh memuatkan ramai penumpang serta sarat dengan ciri-ciri yang canggih.

Jika begitu, anda sememangnya patut  berterima kasih kepada model yang terdapat dalam pasaran hari ini, tetapi bagi mereka yang sedang mencari kelainan  sedikit, mungkin anda perlu mempertimbangkan jenama automotif  Korea Selatan, Kia.

Pada hemat kami, jenama KIA sememangnya sudah menyasarkan golongan yang sudah berkeluarga.

Jadi, sebab itulah mereka sanggup mempertaruhkan MPV Kia Carnival generasi keempat dan SUV terbaharu mereka iaitu Kia Sorento kepada para pelanggannya.

image.png

Namun tidak dinafikan kedua-dua model ini sebenarnya jauh berbeza tetapi mereka  berkongsi tujuan yang sama, iaitu membawa penumpang antara enam hingga 11 orang.

Jadi, ini serba sedikit mengenai Kia Carnival dan Sorento:

Kia Carnival dan Sorento  dibina berdasarkan platform N3.

Sorento generasi terbaharu disumbat dengan enjin petrol dan ada juga model Sorento dan Carnival didatangkan dengan enjin turbo diesel dimana ia memberikan kecekapan yang lebih tinggi.

Apapun, pilihan enjin bergantung di tangan pengguna!

image.png

Di sebalik pandu uji kami terhadap kedua-dua model berkenaan, kami dengan yakin boleh membuktikan bahawa kedua-duanya memenuhi tujuan masing-masing dengan cukup cemerlang.

Bagi mereka yang sedang membaca artikel ini, kupasan  ini mungkin dapat membantu dalam memutuskan pilihan anda.

image.png

KIA CARNIVAL UNTUK YANG BERKELUARGA

Seiring dengan namanya itu, maka tidak hairanlah mengapa Kia Carnival mendapat tempat di hati ketua rumah,  golongan wanita termasuk kanak-kanak.

Dalam bentuk terbaharunya, Kia Carnival generasi keempat  pemasangan tempatan ini (CKD) pastinya tidak akan mengecewakan dalam semua aspek memandangkan terdapat alasan yang cukup kukuh.

Dengan menawarkan  tiga barisan tempat duduk, ia nyata menawarkan ruang yang cukup luas. 

image.pngimage.png

Lebih-lebih lagi dengan versi 2024 yang dikemas kini, dimana tayarnya menggunakan rim roda aloi bersaiz 19-inci  manakala, kabinnya pula dibaluti dengan upholsteri kulit hitam baharu yang mewah.

image.pngimage.png

Walaupun anda memilih varian 8 tempat duduk yang boleh dikatakan lebih 'rasional', namun ia sebenarnya sudah memadai kerana varian itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

MPV ini bukan sahaja selesa untuk perjalanan jauh malah boleh digunakan untuk urusan harian kerana ia menawarkan keselesaan yang cukup sempurna dan yang penting, selamat.

Bagi varian Kia Carnival yang disumbat dengan enjin 2.2 liter turbo-diesel 4-silinder, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 199 hp dan tork 440 nm.

Enjinnya  dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan, yang bersambung terus dengan roda depan sekali gus menjanjikan kecekapan yang agak tinggi.

Tujahan kuasanya rasa cukup ketara setiap kali pedal minyak ditekan. 

Penukaran gear yang pantas dan respons stereng menjadikan pengalaman memandu Carnival begitu menyeronokkan.

Hakikatnya, Kia Carnival 7-tempat duduk sebenarnya sudah memadai kerana ia didatangkan dengan tempat duduk “Relaxion”yang dipisahkan dengan ruang tengah bagi menawarkan keselesaan kepada penumpang baris kedua.

Malah,  tempat duduk itu boleh dilaraskan secara berkuasa.

Memandangkan ia adalah versi CKD, maka Kia Carnival 11-tempat duduk dijual pada harga RM198,500 (11 tempat duduk), RM245,888 (8 tempat duduk), dan RM259,888 (7 tempat duduk).

SORENTO - SUV PREMIUM 

image.png

Jika anda tidak mempunyai saiz keluarga besar, tetapi mencari kereta yang mempunyai ruang yang luas, menawarkan ciri-ciri mewah dan bergaya, mungkin SUV premium, Sorento jawapannya.  

Ada kemungkinannya kembar Carnival, Sorento mampu  memenuhi citarasa anda.

Sudah tentu, SUV bersaiz pertengahan spesifikasi premium itu adalah cadangan yang sangat menarik.

image.pngimage.png

Terus-terang,  penggayaan Sorento generasi keempat ini agak  berbeza dan kelihatan sangat mewah. 

Untuk makluman, Kia Sorento membawakan bahasa rekaan Kia yang terkini, dengan unit lampu utama yang lebih tajam, rekaan muncung hidung harimau.

Ia didatangkan dengan tayar  bersaiz 19-inci manakala profil belakangnya, ala-ala kereta Amerika Syarikat.

image.pngimage.pngimage.png

Menjengah bahagian dalamannya, Sorento tidak mempunyai keluasan yang sama seperti kembarnya, Kia Carnival tetapi ia masih menawarkan ruang yang mencukupi untuk menempatkan tiga baris tempat duduk. 

image.pngimage.png

Namun semuanya bergantung kepada varian, ada varian yang didatangkan dengan  upholsteri fabrik atau kulit asli, manakala varian  7 dan 6 tempat duduk menawarkan kerusi kapten di barisan tempat duduk kedua.

Kejayaan Sorento sebenarnya terletak pada rangkaian kuasa petrol dan turbo-diesel yang sangat cekap.

image.png

Semestinya, kecekapan bahan api adalah pilihan utama di sini dan dengan adanya, transmisi automatik 8-kelajuan, ia menjanjikan pengendalian yang cukup lancar.

Seiring dengan tahap teknologi premium dan kemewahan yang ditawarkan, harganya yang diletakkan dilihat agak berpatutan apatah lagi ia menawarkan ciri keselamatannya yang terkemuka di dalam kelasnya. 

Seperti mana Kia Carnival, SUV ini juga didatangkan dengan ciri teknologi keselamatan pasif dan aktif terbaharu yang membolehkan pemanduan separa autonomi.

Harga permulaan untuk jentera ini adalah antara RM210,000 hingga RM254,000.

image.png

Ya, harga agak murah kerana ia merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) sekali gus menjadikan ia mudah menyaingi kereta-kereta buatan Eropah.

PEMILIKAN TENANG

Tidak kira yang mana menjadi pilihan anda, apa yang pasti kedua-duanya menawarkan  pemilikan kereta yang tiada tandingan. 

Ini keraa pengedar jenama Dinamikjaya Motors (Bermaz Auto) menawarkan waranti 5 tahun atau 100,000 kilometer   dengan perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

Dalam erti kata lain, ciri-ciri yang ada pada  kedua-dua model ini juga  disokong dengan pemilikan jangka panjang yang bebas daripada sebarang kebimbangan.

Jika berminat dengan salah sebuah model ini, anda boleh mengunjungi pusat pengedar sah Kia dan jangan lepaskan peluang untuk memandu uji.

Untuk keterangan lanjut mengenai Kia Carnival, Sorento dan rangkaian pengedar Kia, layari www.kia.com/my.

Gallery

Tag:

Kia
Bermaz Auto
Kia Carnival CKD
Kia Carnival 2.2D 8-seater (High)
Kia Sorento
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.

24-02-2025
EV
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024
Berita Auto
Belum Daftar  SKDS 2.0? Ini Kata Menteri

Belum Daftar SKDS 2.0? Ini Kata Menteri

Jika mereka tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri daripada SKDS 2.0, mereka haruslah mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi.

25-06-2024
Berita Auto
Kia EV 9, Carnival Diguna Untuk Pindahkan Penumpang Business

Kia EV 9, Carnival Diguna Untuk Pindahkan Penumpang Business

Syarikat penerbangan, Batik Air mengumumkan kerjasama dengan Kia, sebentar tadi.

24-06-2024
Pandu Uji
Besar Macam Anak Gajah Pun Boleh Laju, MPV TERPALING Sempurna

Besar Macam Anak Gajah Pun Boleh Laju, MPV TERPALING Sempurna

Mesti ramai tak percaya MPV ini boleh memecut laju.

27-05-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025