Link Copiedcheck_circle
EV

SIRIM Sedia Program Pensijilan Untuk Pengecas EV, Siapa Yang Perlu Dapatkan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ChargeSini-i-Santorini-(2).jpg


SIRIM QAS International Sdn Bhd akan menyediakan program pensijilan bagi  pembangunan stesen pengecasan


Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad) mempunyai kepakaran dan fasiliti yang mencukupi untuk memastikan kebolehpercayaan dan peralatan pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. SIRIM QAS International Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM, memainkan peranan penting dalam mengembangkan industri EV dengan program pensijilan untuk keselamatan stesen pengecasan.


Sistem pengecasan kenderaan elektrik (EVCS) yang memenuhi standard keselamatan diharapkan dapat meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap mobiliti elektrik. Dengan kepakaran dan fasiliti yang dimiliki, SIRIM menyatakan bahawa industri EV di Malaysia dapat terus berkembang.


REGINA-CHARGESINI-(1).jpg


Kebimbangan tentang prestasi dan keselamatan kereta EV menjadi penghalang utama yang perlu diatasi


Proses pensijilan melibatkan ujian menyeluruh untuk memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan yang ketat. SIRIM menekankan keperluan prosedur yang kukuh untuk mengekalkan keselamatan dan kebolehpercayaan EVCS, terutamanya dalam era pertumbuhan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.


Industri automotif Malaysia terus menjadi pemangkin utama dalam KDNK negara, tetapi kebimbangan tentang prestasi dan keselamatan kereta EV menjadi cabaran yang perlu diatasi untuk mempercepat peralihan ini.


ChargeSini-KK-Caricarz-(2).jpg


Kerajaan menyasarkan sebanyak 10,000 stesen pengecas tersedia menjelang tahun 2025


Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (2021-2030) menetapkan sasaran untuk menyediakan sebanyak 10,000 stesen pengecas awam menjelang 2025, menekankan keperluan kepada prosedur yang mantap demi keselamatan dan kecekapan EV.


Pensijilan SIRIM melibatkan pelbagai pihak dalam industri, termasuk pengeluar sistem pengecas, pemasang, kontraktor bangunan, penyedia perkhidmatan automotif dan profesional penyelenggaraan EVCS. 


"Dengan mengutamakan keselamatan, kebolehpercayaan dan kefungsian, Malaysia menerajui jalan ke arah negara yang mampan alam sekitar, menggalakkan mobiliti elektrik dengan yakin dan berintegriti," tambah SIRIM.

Sumber: BERNAMA

Tag:

SIRIM
SIRIM Bhd
Pengecas EV Malaysia
SIRIM QAS International Sdn Bhd
Sistem pengecasan kenderaan elektrik (EVCS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-09-2025
Berita Auto

22-09-2025
Berita Auto

28-03-2025
Berita Auto
Berita Auto

18-04-2024
Berita Auto

14-12-2023
Berita Auto

14-04-2023
Berita Auto

05-11-2024

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026