Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Lagi Pilihan Enjin 1.8 TGDi 4 Silinder Bagi Proton X70 Selepas Ini?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-X70-1.5-TGDi-(3)_0.jpeg


Proton X70 dengan facelift besar-besaran akan dilancarkan seawal separuh pertama 2024


Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, SUV Proton X70 akan diberikan pembaharuan secara besar-besaran berdasarkan prototaip yang disaksikan sedang diuji di jalan raya baru-baru ini. Model yang diperbaharui itu dijangka akan dilancarkan seawal separuh pertama  (1H) tahun 2024.


Selain bakal diberikan sentuhan baharu dari segi rekaan, X70 itu nanti dikhabarkan akan turut menerima perubahan dari segi tawaran trenkuasanya. Ini kerana terdapat laporan yang mengatakan bahawa Proton bakal menghapuskan pilihan 1.8 TGDi 4 silinder bagi model X70.


2022-Proton-X70-(5).jpg


Buat masa ini, Proton hanya menyediakan pilihan enjin 1.8 TGDi 4 silinder bagi varian X70 1.8 TGDi Premium 2WD sahaja.


Spekulasi ini muncul setelah Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mendedahkan data bahawa Pusat Pengeluaran Tanjung Malim Proton telah berhenti mengeluarkan varian X70 1.8 TGDi Premium 2WD sejak Oktober tahun ini.


Buat masa ini, Proton masih membuat sebarang pengumuman rasmi. Dijangkakan, syarikat automotif tersebut akan mengeluarkan kenyataan sebaik stok sedia ada di pusat pengedaran habis dijual.


1.5-TGDi-engines.jpgweb_CariCarz_Review_Proton-X50-1.5-TGDi-Flagship_-6.jpg


Penghapusan varian X70 1.8 TGDi Premium 2WD bermakna selepas ini hanya enjin 1.5 liter TGDi 3 silinder yang sama seperti varian X50 Flagship, X90 dan S70 akan ditawarkan untuk versi X70 akan datang. 


Berbeza dengan varian X70, Proton tidak menawarkan pilihan enjin 1.8 liter 4 silinder ini dalam mana-mana model lain. Semua varian X70 lain menggunakan enjin 3 silinder sama yang diambil dari X50 Flagship. Untuk makluman, enjin ini memiliki kuasa sebanyak 174 HP dan tork sebanyak 255 NM. Sebaliknya, enjin 1.8 TGDi 4 silinder mempunyai kuasa yang lebih tinggi iaitu 181 HP, dengan tork 300 NM.


Engine-to-be-donated-to-educational-institution--_.jpg


Enjin 3 silinder yang lebih ringan dan kecil menawarkan tahap penggunaan bahan api yang 7% lebih cekap


Menurut Proton, enjin 3 silinder yang lebih ringan dan kecil menawarkan tahap penggunaan bahan api yang lebih cekap berbanding enjin 4 silinder. Peningkatan kecekapannya dikatakan sebanyak 7% untuk enjin 3 silinder. Selain itu, kos cukai jalan tahunan juga lebih rendah kerana kapasiti kereta yang lebih kecil. Perkara ini mungkin menjelaskan mengapa Proton memilih untuk menghapuskan pilihan enjin 4 silinder. Nantikan info selanjutnya mengenai perkara ini yang akan kami kongsikan sebaik lebih banyak butiran muncul. 


Sekadar peringatan bagi anda yang sudah lama berniat untuk membeli varian X70 yang bakal dihapuskan ini, jangan buang masa lagi! Varian tersebut kini ditawarkan pada harga bermula dari RM128,800.

2022-Proton-X70-(4).jpg


Tag:

Proton X70
X70 1.8 TGDi Premium 2WD
Proton X70 2024
Proton X70 Facelift
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026
Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Berita Auto

Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja

Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.

30-03-2026
Berita Auto

Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu

PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.

29-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Berita Auto

Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?

Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.

06-01-2026
Berita Auto

Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera

Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.

27-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026