- Berita
- Berita Auto
- UMW Toyota Jual 10,263 Unit Kereta Sepanjang November 2023, Naik Hampir 10%
UMW Toyota Jual 10,263 Unit Kereta Sepanjang November 2023, Naik Hampir 10%
Toyota Vellfire yang dilancarkan di Malaysia pada Oktober lalu dijual di pasaran pada harga bermula dari RM438,000
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) terus mencatat prestasi cemerlang dengan mencapai jumlah jualan bulanan sebanyak 10,263 unit (Toyota + Lexus) pada November 2023, terdiri daripada 10,020 unit Toyota dan 243 unit Lexus.
Prestasi positif ini membawa jumlah jualan tahun sehingga November 2023 kepada 97,705 unit, menunjukkan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Sebagai usaha untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan aksesibiliti, UMWT telah merasmikan dua tambahan penting kepada rangkaian pengedar di Kota Kinabalu, Sabah.
Toyota Alphard yang dilancarkan di Malaysia pada Oktober lalu dijual di pasaran pada harga bermula dari RM538,000
Pertama, pembukaan rasmi dan penempatan semula cawangan 1S di Putatan, Kota Kinabalu. Lokasi baru ini, direka untuk meningkatkan keselesaan pelanggan, memastikan kemudahan dan kecekapan dalam penjualan dan perkhidmatan. Dikendalikan oleh Harapan Menang Sdn Bhd yang telah menjadi pengedar UMWT sejak tahun 2003, syarikat ini terus memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik.
Toyota Vios 2023 semasa majlis pelancarannya pada Mac 2023
Serentak dengan itu, UMWT turut memperkenalkan pembesaran cawangan 3S di Penampang, Sabah, yang diuruskan oleh Armada KK Automobile Sdn. Bhd. Dengan 18 ruang servis, pelanggan boleh mengharapkan perkhidmatan yang lebih cepat dan efisien, selaras dengan komitmen UMWT terhadap keutamaan pelanggan.
Presiden UMWT, Datuk Ravindran K., menyatakan komitmen mereka untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan dan melebihi jangkaan.
"Komitmen kami untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan melangkau transaksi, ia melibatkan pembentukan hubungan yang berpanjangan dan menyempurnakan pengalaman [pelanggan]," katanya.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv