- Berita
- EV
- Volkswagen Maklum GTI Elektrik Bakal Sampai

Lakaran GTI elektrik.
Ketika seluruh dunia masih menunggu model ketibaan model GTI yang menerima pengemaskinian namun Volkswagen nampaknya mempunyai rancangan lain.
Seperti mana yang didedahkan oleh ketua reka bentuk Volkswagen Andreas Mindt melalui Instagramnya, syarikat automotif yang berpangkalan di Wolfsburg itu dikatakan sudah bersedia untuk melancarkan pengganti GTI iaitu kenderaan serba elektrik pada tahun 2026 nanti.
Beberapa imej lakaran yang dilakar oleh Mindt menunjukkan model Golf GTI MK1 akan digantikan kepada versi elektrik ID. GTI Concept untuk mada hadapan.
Imej tersebut disertakan dengan kapsyen yang tertera:
"Golf GTI pertama kali diperkenalkan pada Pameran Motor Frankfurt 1975 dengan pengeluaran sebanyak 5000 unit. Sehingga kini, kami telah menjual lebih daripada 2.8 juta. ‘
“Pada 2026, kami akan memperkenalkan versi elektrik model ikonik ini,” tulisnya.
Nampaknya, ayat terakhir menunjukkan bahawa VW bersedia untuk menghasilkan pengganti semua elektrik kepada papan nama paling ikoniknya, yang dijangka tiba pada 2026.


Model VW ID. GTI concept (kiri).
Ini juga mengesahkan laporan kami sebelum ini, di mana Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Thomas Schafer membayangkan bahawa versi pengeluaran daripada ID. GTI Concept akan siap menjelang 2026.
Walaupun VW ID. GTI Concept diperkenalkan tanpa nama 'Golf', nampaknya imej lakaran menunjukkan versi pengeluarannya akan membawa nama ikonik.
Malah identiti ID tersebut adalah model konsep dikenali sebagai ID.2all, yang disebut-sebut sebagai pengganti kenderaan serba semua elektrik kepada hatchback Polo dan Golf.
Nampaknya, kenyataan pembuat kereta itu bercanggah kerana sebelum ini syarikat tersebut untuk memperkenalkan model Golf semua elektrik generasi kesembilan berdasarkan platform SSP dan bukannya platform MEB EV yang digunakan oleh kedua-dua ID.2all dan ID. .GTI.

Selain itu, terdapat juga pendaftaran tanda dagangan yang difailkan untuk logo GTI baharu dengan huruf 'I', yang bermaksud 'Injection yang ', digantikan dengan panah kilat untuk menunjukkan bahagian hadapan kereta yang serba elektrik.


Begitupun, kami tidak pasti sama ada lambang baharu ini dikhaskan untuk Golf generasi kesembilan ataupun EV yang akan datang.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/