Link Copiedcheck_circle
EV

Stellantis Bakal Mula Pemasangan EV Pertamanya, E-3008, Di Malaysia Tahun Depan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Stellantis-Logo.png


Logo Stellantis NV, syarikat pengeluaran Syarikat pengeluaran automotif multinasional


Stellantis NV, pengeluar automotif global yang terkemuka, telah mengumumkan rancangan untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Malaysia menjelang tahun 2024, serta pelancaran jenama lain di bawah naungan syarikatnya.


Selain jenama Peugeot dan Citroen, sejak dua tahun lalu Stellantis NV dilaporkan sedang aktif menguji model-model daripada jenama lain seperti Opel, Alfa Romeo dan DS sebelum ditawarkan sebagai produk baharu di pasaran Malaysia, lapor The Star.


Stellantis mengawal proses jualan dan pengedaran secara terus di Malaysia, sementara Bermaz Auto Bhd pula berperanan sebagai super dealer syarikat.


Ketua Pegawai Operasi dan Pengedar Am Stellantis ASEAN, Daniel Gonzalez, menunjukkan komitmen syarikat terhadap pasaran Malaysia dengan mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan Peugeot 408 baharu menjelang April 2024.


Stellantis juga bercadang untuk membuat pemasangan model-model Jeep bagi pasaran domestik dan antarabangsa, menandakan pertumbuhan yang ketara dalam portfolio jenama tersebut.


web_CariCarz_Peugeot-408_spyshot_Malaysia_2.jpg


Peugoet 408 dikesan sedang diuji di Sabak Bernam pada September lalu


Dalam aspek EV, Gonzalez mendedahkan bahawa Stellantis menyasarkan untuk memulakan proses pengeluaran EV pertamanya di Malaysia menjelang separuh kedua tahun 2024. Beliau mendedahkan bahawa kenderaan STLA Medium, Peugeot 3008 versi elektrik, dijadualkan untuk pengeluaran pada tahun 2025.


thumb-E-3008-PEUGEUT.png


Peugeot 3008 generasi seterusnya akan menjadi kereta pertama dalam platform STLA Medium Stellantis


Menggunakan platform STLA Medium membolehkan kenderaan mencapai jarak EV sehingga 700 KM  dengan cas penuh serta lebih efisien dari segi tenaga. Pengenalan platform ini membolehkan lebih banyak model BEV ditawarkan untuk memenuhi keperluan pengguna di rantau ini.


Untitled-design---2023-12-26T125109.681.png


Kilang pengeluaran Stellantis di Gurun, Kedah


“Ini bermakna terdapat potensi pelaburan bernilai RM5 bilion untuk pembekalan komponen daripada syarikat-syarikat tempatan di Malaysia. Oleh itu, ini akan menyumbang kepada penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan bagi syarikat-syarikat tempatan, serta menyumbang kepada ekonomi negara.


"Kami yakin bahawa portfolio jenama kami yang kukuh dan pelaburan kami dalam elektrifikasi akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri automotif ASEAN," katanya. 


Untitled-design---2023-12-26T124957.054.png


CariCarz berpeluang untuk menguji dua model Peugeot secara serentak, 3008 dan 5008 (Klik untuk baca ulasan kami)


Di samping itu, syarikat itu turut menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang di Gurun kepada 114% menjelang tahun 2026. 


Untuk mencapai matlamat ini, bilang pekerja akan ditingkatkan sebanyak 80% dalam tempoh tiga tahun akan datang. Stellantis akan membuat pelaburan besar bagi menubuhkan akademi dan pusat latihan serta mewujudkan kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan untuk membangunkan penyelesaian dan perkhidmatan mobiliti. 

Tag:

Stellantis
Peugeot e-3008
Peugeot 408
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

15-12-2025
EV

19-11-2025
EV

23-09-2025
Teknologi

23-09-2025
Berita Auto

27-08-2025
Global

30-07-2025
Global

17-07-2025
Global

08-07-2025

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026