- Berita
- Berita Auto
- 21 Laluan Rosak Kerana Bencara Alam, Johor Paling Tinggi
-full_normal.jpg)
Laluan yang rosak kerana bencana alam
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti sejumlah 21 lokasi terjejas di tujuh negeri akibat bencana alam.
Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengumumkan bahawa laluan tersebut terdiri daripada lapan jalan negeri dan 13 jalan Persekutuan di Johor, Pahang, Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Selangor.
Daripada jumlah itu, empat laluan rosak kerana banjir, 10 lokasi cerun runtuh, empat lokasi jalan runtuh dan tiga lokasi jambatan rosak atau runtuh.

Laluan rosak kerana tanah runtuh
"Johor mencatatkan kawasan yang paling banyak terjejas akibat bencana iaitu (enam kawasan), Pahang (empat kawasan), Kelantan dan Perak (tiga kawasan), Kedah dan Terengganu (dua kawasan) serta Selangor (satu kawasan)," ujarnya.
Nanta mengumumkan bahawa KKR telah memperuntukkan lebih daripada RM50 juta untuk kerja pembaikan jalan di seluruh negara yang terjejas oleh banjir baru-baru ini.
"Kami akan segera baik pulih di lokasi terjejas akibat bencana dengan secepat mungkin kerana ketika ini masih lagi berlaku Monsun Timur Laut, jadi kami akan buat pemantauan dan siasatan anggaran jumlah untuk dibaiki," katanya.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv