Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bermaz Auto Buat Tawaran Luar Biasa Untuk SUV Peugeot Terpakai, Rugi Terlepas!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-74.jpgPeugeot-2008-SE-3.jpg


Tercari-cari SUV crossover dengan reka bentuk menonjol, padat dengan ciri mewah, canggih dan dapat rasakan prestasi bila dipecut? Jangan pandang sebelah mata dua model ini, Peugeot 3008 (kiri) dan 2008 (kanan). 


Tahun baru, kereta pun mestilah baru. Barulah semangat untuk ‘meluncur’ menempuhi perjalanan kehidupan yang baru. Mungkin ada  antara anda yang sedang mencari kereta lebih mewah, canggih dan berprestasi daripada yang digunakan sekarang. 


Kalau betul anda sedang mencari, inilah waktu yang tepat! Kerana untuk tempoh terhad, Bermaz Auto sedang menawarkan promosi hebat bagi SUV Peugeot 2008 dan 3008 yang terpakai.


CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-71.jpg


Jangan lepaskan peluang utuk mendapatkan SUV 3008 dan 2008 terpakai pada harga yang tak masuk akal, sementara stok masih ada!


Walaupun terpakai, model-model yang ditawarkan ini dijamin dalam kualiti yang terbaik, tak ubah seperti sebuah kereta baru!


Sementara stok masih ada, anda boleh mendapatkan SUV crossover Peugeot 3008 dan 2008 ini pada harga serendah RM109,000 (2008) dan RM139,000 (3008).


Peugeot-Pre-Owned-Sales_ENG-(1).jpg


Apa lagi yang menarik? Bermaz Auto turut menawarkan pembiayaan khas dengan kadar faedah yang rendah sama seperti pembelian kereta baru (tertakluk pada terma dan syarat). 


Tidak cukup dengan itu, untuk jualan kedua-dua model 2008 dan 3008 yang terpakai daripada Bermaz Auto, anda juga akan menerima WARANTI SELAMA 5 TAHUN serta PAKEJ SERVIS PERCUMA SELAMA 5 TAHUN (atau 10,000 KM, mana tiba dahulu), bermula daripada tarikh kenderaan didaftarkan. 


Menarik bukan harga yang ditawarkan? Sekiranya anda berminat, boleh kunjungi mana-mana pusat pengedaran yang terlibat iaitu Peugeot Glenmarie (pusat flagship) dan cawangan Bermaz Anshin yang terletak di Glenmarie, Berjaya Park dan Kajang, serta pengedar Peugeot lain yang bertempat di di Ipoh, Telok Panglima Garang (Ahura Motorsports) dan Nilai (LHM Auto). 



Peugeot-2008-SE-5.jpgCariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-63.jpg


Sementara stok masih ada, Bermaz Auto menawarkan 2008 dan 3008 dengan pembiayaan khas dengan kadar faedah sama seperti pembelian kereta baru.


CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-66.jpg


Walaupun kereta terpakai, pembeli masih dapat menikmati waranti termasuk pakej servis percuma selama 5 tahun.


Masih tak pasti sama ada model yang ditawarkan ini berbaloi untuk dimiliki? Tahun lalu, CariCarz.com telah diberikan peluang untuk memandu uji model 3008:


Klik sini untuk membaca ulasan: [PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama


Dari jauh lagi, kereta keluaran Peugeot ini mencuri perhatian, reka bentuknya kelihatan mewah dari setiap sudut. Dari segi pemanduan, kereta terasa stabil walau dipandu laju, menggunakan enjin turbo 4 silinder 1.6 liter, prestasi kereta cukup terasa. Ruang kabinnya juga memukau jiwa, aura premium terserlah dan dilengkapi dengan pelbagai ciri penting dan teknologi canggih. 


CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-75.jpg
CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-8.jpgCariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-69.jpgCariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-65.jpgCariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-93.jpg


Peugeot 3008 bukan sahaja sedap dipandang, tetapi juga seronok dipandu dengan ruang kabin yang selesa dan padat dengan teknologi canggih.



Peugeot-2008-SE-6.jpg


Ciri menarik pada 3008 turut terdapat pada 2008, namun dalam saiz badan yang lebih kecil.


Jangan tunggu-tunggu lagi, kerana bermula bulan Mac ini,  Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dinaikkan dari 6% ke 8% tau!


Jadi siapa kata beli kereta terpakai merugikan? Yang rugi adalah mereka yang melepaskan tawaran menarik ini. Tak nak jadi salah seorang daripada mereka, anda boleh hubungi cawangan pengedar Peugeot yang disenaraikan di bawah untuk sesi pandu uji SUV 3008 dan 2008:

CAWANGAN
TEL
Peugeot Glenmarie03-5021 2333
Bermaz Anshin Glenmarie03-5569 8080
Bermaz Anshin Berjaya Park 03-5525 3953
Bermaz Anshin Kajang03-8738 5563
Peugeot Ipoh 
016-506 3673
Ahura Motorsport (Telok Panglima Garang)012-319 1493
LHM Auto (Nilai)019-227 1266


Tag:

Bermaz Auto
Peugeot Malaysia
Peugeot 2008
Peugeot 3008
Promosi Kereta Terpakai Peugeot
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-05-2024
Kereta Baru

05-04-2024
Pandu Uji

10-02-2024
Kereta Baru

07-02-2024
Kereta Baru

24-01-2024
Berita Auto

10-01-2024
Berita Auto

28-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026